Wednesday, February 11, 2009

Mari kita sembahyang sebelum kita disembahyangkan-Bab3

Hubungan Sembahyang dengan Iman
Seorang yang sembahyang mesti beriman dengan perkara2 yang disebut al-qur'an (surah al-Nisa', 4:136). Kita hendaklah beriman dengan Allah, rasul2, malaikat2, kitab2 Allah dan hari akhirat. Sembahyang atau ibadah orang kafir tidak diterima Allah (surah al-Furqan, 25:23). Amalan yang baik tanpa iman adalah sia-sia.

Hubungan Sembahyang dengan Ibadah2 lain
Setiap ibadah mempunyai kaitan antara satu dengan yang lain, tidak boleh dipisahkan dengan hanya membuat apa yang kita suka. Contohnya, sembahyang kita suka maka kita buat, tetapi haji kita tidak suka maka kita tidak kerjakan sekalipun telah mencukupi syarat2nya. Surah al-Baqarah 2:85 melarang perbuatan begini.

Hubungan sembahyang dengan doa
Kita disuruh berdoa (Surah al-Mu'min 40:60). Doa merupakan ibadah (Sunan Abi Daud, al-witir). Doa supaya melakukan sembahyang. Maksud firman Allah dalam surah Ibrahim, 14:40 "Wahai Tuhanku! Jadikan aku dan zuriatku orang yang mendirikan sembahyang. Wahai Tuhan kami dan terimalah doaku". Seseorang yang berdoa dengan bersungguh2, faham dan melaksanakan apa yang sepatutnya dilakukan maka doanya diterima Allah.
Doa-doa dalam sembahyang pula antaranya ialah ketika baca fatihah, ketika duduk antara 2 sujud, doa qunut, dll.

Hubungan Sembahyang dengan membaca al-Qur'an
Orang mukmin sekalipun sibuk dengan urusan disuruh membaca al-Qur'an. Maksud surah al-Muzzammil, 73:20 "Hendaklah kamu membaca apa yang mudah dari al-Qur'an. Allah mengetahui akan ada di kalangan kamu orang yang sakit dan ada yang berjalan di atas muka bumi mencari kurnian Allah. Yang lain pula berjuang pada jalan Allah maka hendaklah kamu baca apa yang mudah dari Al-Qur'an itu." Kita juga disuruh mentadabbur (menghayati) al-Qur'an (surah Muhammad, 47:24). Untuk mentadabbur perlu kepada membacanya terlebih dulu. Suruhan membaca al-Qur'an juga bukan hanya pada ayat2 tertentu sahaja tetapi mentadabbur keseluruhan al-Qur'an.
Antara kelebihan membaca al-Qur'an (maksud hadis sahih muslim, salatul musafirin) ialah;

  • al-Quran memberi syafaat pada hari kiamat kepada pembacanya
  • surah al-baqarah dan ali imran akan datang seolah dua kumpulan awan atau burung yang berbaris mempertahankan pembacanya
  • membaca al-baqarah adalah berkat dan meninggalkannya rugi. Tukang sihir tidak dapat mensihirnya

Sembahyang dan membaca al-Qur'an adalah perintah Allah swt. Mengerjakan sebahagian dan meninggalkan sebahagian adalah salah. Dalam sembahyang ada ayat al-Qur'an yang wajib dibaca dan ada yang sunat dibaca.

Hubungan sembahyang dengan zikir

Terdapat banyak nas yang menyuruh kita berzikir. Antaranya surah al-ahzab, 33:41-42. Orang yang tidak mau berzikir (ingat Allah) akan merana di dunia dan akhirat (surah Taha, 20:124). Orang mukmin juga dilarang daripada dilalaikan oleh harta dan anak2 dari mengingati Allah (surah al-munafiqun, 63:9). Perkara-perkara dunia ini jangan sekali2 menjadi penghalang dari zikir Allah dan mengerjakan sembahyang. Zikir membawa seseorang itu benar2 taqarrub kepada Allah swt.

Hubungan sembahyang dengan selawat ke atas Rasulullah saw

Suruhan berselawat disebut dalam surah al-ahzab, 33:56. Kita digalakkan berselawat ke atas Nabi saw pada malam jumaat atau hari jumaat seperti maksud hadis dari sunan al-baihaqi (kitab al-jumaat) dan sunan ibnu majah (al-jana'iz). Sesiapa yang berselawat ke atasku sekali, Allah berselawat ke atasnya 10 kali (sahih muslim, al-solat). Orang yang bersembahyang akan berselawat dalam tahiyyat awal dan akhir.

Hubungan sembahyang dengan puasa di bulan Ramadhan

Orang beriman diwajibkan berpuasa di bulan ramadhan (al-baqarah, 2:183 dan hadis muslim, al-iman). Tujuan puasa ialah supaya kita menjadi orang yang bertaqwa (al-baqarah, 2:183), menjadi orang yang bersyukur (al-baqarah, 2:185), penangkis dari perkara2 keji dan perbuatan orang jahil (sahih bukhari, al-saum). Sembahyang dan puasa adalah perintah Allah dan rasulNya yang tak dapat dipisahkan dan merupakan asas ajaran Islam.

Hubungan sembahyang dengan mengeluarkan zakat/sedekah

Suruhan mengeluarkan zakat disebut dalam al-Qur'an (al-baqarah, 2:110) dan al-hadis (Bukhari, al-iman). Matlamat bersedekah/zakat ialah untuk menyucikan diri (al-Tawbah, 9:103). Sedekah juga tanda kekuatan iman seperti yang disabdakan oleh Nabi saw yang bermaksud "Sembahyang itu cahaya, sedekah itu bukti, sabar itu cahaya yang kuat dan al-Quran itu memberi syafaat kepadamu atau melaknatmu" (Muslim, al-thaharah). Sedekah yang disertai dengan mengungkit2 dan kerana menunjuk2 tidak diterima Allah swt (al-Baqarah, 2:264). Kelebihan bersedekah ialah mendapat kebajikan yang sempurna (Ali Imran, 3:92), kebaikannay kembali kepadanya (al-baqarah, 2:272). Sedekah juga tidak mengurangkan harta (sahih muslim), mendapat gantian semula (sahih Bukhari, al-zakat). Dalam sunan Tirmizi (al-zakat), sedekah itu memadamkan kemarahan Tuhan dan menolak daripada mati dalam keadaan buruk. Sabda Nabi saw lagi yang bermaksud "Ubatilah orang yang sakit dari kalangan kamu dengan bersedekah, peliharalah harta kamu dengan zakat dan sediakan doa untuk menjauhi bala".