Sunday, January 2, 2011

Kitab Jual Beli

Jual beli ada 3 macam;
  1. Jual barang yang dapat dilihat, hukumnya boleh, yakni sah
  2. menjual sesuatu yang disifati dalam tanggungan penjual, hukumnya boleh
  3. menjual sesuatu yang samar (tidak ada di hadapan pembeli) dan tidak diperlihatkan, hukumnua tidak boleh, yakni tidak sah
Aturan jual beli ada dalil al-qur'an, hadis dan ijmak para ulamak. Firman Allah bermaksud;
"Dan Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba" (al-Baqarah:275).
Diantara hadis rasulullah saw iaitu sabda beliau;
"Dua orang yang berjual beli mempunyai hak khiyar (memilih diteruskan atau tdaknya jual beli mereka)".

Jual beli boleh berupa benda nyata atau bentuk tempahan atau berupa benda yang tidak terlihat.

Akad jual beli ada 3 rukun;
  1. harus ada aqid (orang yang melakukan aqad), iaitu penjual dan pembeli)
  2. shighat, iaitu ijab (penawaran) dan kabul (penerimaan)
  3. ma'qud 'alaihi (barang yang diakad)
disyaratkan juga bagi penjual dan pembeli ialah ahli. Tidak sah jual beli anak kecil, orang gila dan orang tidak tahu tentang wang.

Penjual dan pembeli disyaratkan harus mempunyai pilihan. Tidak sah jual beli yang dipaksa, kecuali ada hak memaksa. Misalnya penjual wajib menjual bagi melunasi hutangnya atau membeli barang yang telah ditempah, lalu dipaksa hakim supaya membeli atau menjual barang yang ditempah.

Akad jual beli orang yang mabuk sah menurut mazhab yang kuat.

Contoh ijab dan kabul ialah penjual berkata: "aku jual barang ini" dan pembeli berkata: "aku miliki (beli)". Adakah sah jual beli dengan saling mengulurkan barang dan wang seperti kebiasaan masyarkat sekarang ini? Mazhab yang kuat yang disebut dalam kitab ar-raudah, tidak sah. Ibnu Suraij, Ar-Ruyani dan lain2 mengatakan sah bagi barangan tidak berharga.

Imam Malik rahimahullah berkata: Menjula suatu barang dengan cara yang dianggap menjual oleh kalangan masyarakat hukumnya sah. Sama juga kes menyuruh budak membeli bermacam keperluan keluarga. Maksud shighat sudah ada. Zaman Saidina Umar al-Khattab r.a. juga berlaku dimana wanita yang tidak pernah keluar rumah menyuruh budak perempuan dan anak kecil untuk membeli barang keperluan.

Dalam hal jual beli barang yang samar Imam Syafi'i dalam qaul jadid dan qadim mengatakan tdak sah kerana ada unsur penipuan.

Syarat-syarat barang yang hendak dijual:
  1. suci
  2. barang yang bermanfaat
  3. dimiliki oleh orang yang berakad
  4. barang dapat diketahui
Tidak sah menjual;
  1. arak
  2. bangkai
  3. babi
  4. anjing
  5. berhala
Sabda Nabi saw yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah ta'ala mengharamkan jual beli pada arak, bangkai, babi dan berhala" (riwayat Bukhari dan Muslim). Diriwayatkan juga bahawa Nabi saw melarang makan harta dari hasil penjualan anjing.

4 barang di atas ada juga manfaat, maka keharamannya itu adalah dengan 'illat (sebab) najis.

Adapun benda yang terkena najis, apabila dapat disucikan seperti pakaian dll, sah menjualnya. Apabila tidak dapat disucikan seperti air gula atau susu dll tidak sah menjualnya.

Termasuk menjual barang yang tiada manfaat ialah menjual kala jengking, ular, semut dll. Demikian juga dilarang menjual binatang buas spt singa, serigala, macan. Juga burung gagak dan racun (racun membunuh manusia). Juga alat-alat mainan yang melupakan zikir kepada Allah. Terdapat khilaf mengenai hukum membeli suara jariah (hamba wanita). Khilaf juga terhadap jual beli terhadap domba yang digunakan untuk beradu tanduk, jual beli ayam jaguh yang digunakan untuk bertarung atau berlaga.

Jual beli barang milik orang lain tanpa penyerahan kuasa atau tidak atas nama wakil, menurut qaul jadid yang azhar wajahnya adalah batal. Ini berdasar sabda Nabi saw yang bermaksud; "Tidak ada talak kecuali atas wanita yang dimiliki, tidak ada usaha memerdekakan budak kecuali atas budak yang dimiliki, tidak ada jual beli kecuali atas barang yang dimiliki, dan tidak ada nazar kecuali atas brang yang dimiliki".

dipetik dari kitab Kifayatul akhyar.