Thursday, August 7, 2014

Mengapa Rasulullah saw tidak pernah sakit

Mengapa Rasulullah saw tidak pernah sakit. Begitulah nama buku yang dikarang oleh seorang doktor perubatan Dr Adi Hashman terbitan PTS Millennia Sdn. Bhd.
Buku ini mengulas tentang penjagaan kesihatan jasmani dan rohani berdasarkan al-quran dan as-sunnah.

Cukup menarik kupasan yang diberikan. Antara pengajaran atau tip kesihatan yang menambah pengetahuan baru kepada saya ialah;
  • Solat merupakan latihan jasmani dan rohani. Pergerakan dalam solat spt berdiri (loading exercise) menguatkan tulang. Berdiri, rukuk, sujud dan duduk tahiyat semuanya merupakan pergerakan yang bermanfaat bagi diri kita. Selain solat fardhu 5 waktu, solat sunat rawatib, tahajud, duha, witir, tahiyatul masjid merupakan solat yang boleh dan mampu dilaksanakan.
  • Wudhu yang sempurna dan gosok gigi pula amalan menjaga kebersihan kita dan boleh mengelak banyak penyakit. 
  • Puasa pula merihatkan perut kita bekerja. Selain puasa ramadhan, puasa syawwal, 3 hari sebulan pun boleh dan mampu dilaksanakan.
  • Isipadu perut kita sekitar 2000ml. Kita perlu seimbangkan jumlah makanan iaitu 1/3 makanan, 1/3 air dan 1/3 udara.  Kebanyakan amalan kita sedikit mengambil air. Jadi untuk memperbanyakan air, kita perlu mengambil makanan dalam bentuk sop atau banyak kuah dan juga buah2an. Kita juga tidak boleh berlebihan mengambil daging kerana kita bukan karnivor (harimau) dan bukan juga herbivor (lembu). Struktur gigi kita tak sama dengan keduanya. Jadi 20% protein sudah memada.
  • Berjalan kaki ke masjid merupakan amalan yang baik yang disarankan Nabi saw. Mungkin boleh menjadi sebahagian dari keperluan bersenam 30 min sehari seperti yang disarankan doktor perubatan.
  • Jam 3 pg hingga 12 tghari merupakan waktu dinamik/aktif.  Beberapa keistimeaan solat tahajud dan subuh. "Dari sebahagian malam bertahajjudlah kamu sebagai solat tambahan bagi mu, semuga Tuhanmu menempatkan mu di tempat yang terpuji" (al-Israk, 79). "Sekiranya mereka mengetahui apa yang terkandung di dalamnya (solat isyak dan subuh berjemaah di masjid), nescaya mereka mendatangi keduanya sekalipun dengan merangkak" (hadis yang direkodkan oleh Bukhari & Muslim). Tidur yang sihat antara 4 hingga 7 jam sehari.
  • Membaca al-Quran. Gema bunyi dan pergerakan lidah menyentuh lelangit mengaktifkan neuro transmitter dan neuromodulasi di otak bermanfaat untuk kesihatan. "Wahai umat manusia! Sudah datang kepadamu pengajaran dari Tuhanmu dan penawar bagi penyakit yang ada di dalam dadamu dan petunjuk, serta rahmat bagi orang yang beriman" (Yunus, 57).
  • Jangan marah (La taghdab)- marah meningkatkan hormon katekolamin lalu meningkatkan denyutan jantung. Rasulullah saw hanya marah bila kesucian Allah atau Islam diserang.
  • Jangan lemah (La tahinu) - optimis dan berfikiran positif. Jangan berputus asa.
  • Jangan bersedih (La tahzan) - Bahagia memanjangkan umur.