Saturday, May 31, 2008

Tok Janggut

Sajak tulisan Rahimidin Zahari

Kuharung sungai
Kususur bukit tujuh gua yang silam
Aku murba perkasa
Kau tuduh penderhaka celaka?

Aku tak pandai berselindung
dengan kepang dan senandung
Suaraku tak mungkin semerdu seruling

Aku tak rela tanah darahku diinjak dijajah
Aku tak rela hasil bumiku dicantas dipulas
Aku tak rela bangsaku dipandirkadukkan
Aku tak rela islam agamaku disendatemehkan

Tok janggut haji mat hasan namaku
Tujuh lapis langit terpikul di bahu
Tujuh lapis bumi tercengkam di kaki

Aku pulang dari tanah makkah yang putih dan suci
Ingin ku lihat tanah darahku tanpa dijajah
Kubaca jamaluddin al afghani
Kuhafal reformis Muhammad abduh
Dan kugenggam ideology rasyid redha

Tok janggut haji mat hasan namaku
Anak kelantan kelahiran pasir putih
Kampung saring mahupun jeram
adalah padang permainanku
adalah gelanggang silat
tempat kau memperlimaukan diri

Aku pulang siap sedia sebagai lelaki anak jantan perkasa
Aku siap sedia menitiskan darah ke ranting cempaka
Ini tanah darahku tak kurela kau kikis habis

Kuoleng mangkuk mimpi para tirani
Inilah nafasku
Angin bergegas menyebarkan tandus
Dan nah!
Darah matahariku akan terpercik
Ke tanah pasir putih
Rintih angin taufan sedialah kau akanku amuk
Kugetus jantung hatiku

Laporan Kematian Tok Janggut dan rakan-rakannya (sumber Prof Nik Anuar, UKM)Skrip arkib negara dalam tulisan jawi melayu klasik. Aku cuba terjemahkan .... bermakna tak dapat difahami
.............yang terbit dari hati yang hening lagi jernih iaitu daripada beta tuan deled......... Inggeris kepada kerajaan kelantan apalah jua kiranya barang disampaikan oleh tuhan seru sekelian alam kehadapan memuji........ sahabat beta sultan Muhammad yang ke 4 KC MG yang dipertuan negeri Kelantan kerana dengan segala ta’aluk rantau jajahan yang ada bersama pada pagi ini di atas tempat kerajaan didalam Bandar kota baharu dengan beberapa kemulian dan sejahteranya.
Walhal maka adalah beta ....... kepada seri paduka....... beta pada malam semalam lebih kurang pukul 3 dinihari telah datang rakyat rakyat yang menderhaka ke pasir putih dan telah mencuba hendak melangk dengan ........ senapang tetapi pada pagi itu beta serta dengan yang berhurmat tuan Maxwell dan lain2 tuan bersama dengan askar 2 sikh telah menunduk mereka itu .

Apabila sampai ke Kampung Merbol beta telah dapati ada orang berhimpun di dalam sebuah rumah yang dipunyai oleh khatib Abu Bakar dan askar sikh telah mencuba hendak menangkap tetapi tuan rumah itu telah menetak kepada seorang askar itu dengan parang dan askar itu telah membalas tikam dengan lembing yang dihujung senapang dan Abu Bakar itu pun mati. Di situ juga kemudian beta serta sekelian berjalan pula menuju ke kampong pupuh apabila sampai sahaja di tepi baruh kampong merbol itu orang-orang derhaka itupun telah memulai menyerang beta serta sekalian askar2 sikh dengan menembak dari di dalam kampung pupuh itu. Askar2 itu telah membalas tembak di dalam sedikit pagi sahaja orang2 derhaka itu telah undur dan lari.

Beta kemudian pun masuklah di dalam kampung pupuh itudan beta dapati Tok Janggut itu telah mati tertembak oleh sebutir peluru sahaja dan 2 orang penjahat tetapi tidak ada orang yang boleh mengenal tubuh2 itu dan seorang lelaki bernama Deraman bin Mat Deris Kampung Telosan telah beroleh luka parah dan juga seoarng lelaki telah beroleh luka parah tetapi pada fikiran beta telah dilarikan oleh seorang kawan, beta dapati ada banyak darah sepanjang2 jalan kemudian daripada itu beta serta sekalian telah menurut orang2 derhaka ke tempat 2 yang lain tetapi tidak bertemu dan pada fikiran beta orang derhaka itu telah berpecah2 dan lari meneuju hala ke kampung kemunir? Dan beta...... menurut lagi pada mereka2 itu apabila beta dapat perkhabaran kedudukan mereka itu.

Syahadan lagi beta ....... yang beta telah membakar rumah Pak Nik Abas oleh kerana halaman rumah itu telah...... itu tebunuh

Bersama2 ini risalah ini beta hantarkan tubuh Tok Janggut ini kepada seri paduka pejabat beta supaya boleh dimasyhurkan kematian Tok Janggut itu di dalam bandar Kota Baharu.

Pada pagi menulis beta dan yang berhurmat tuan maxwell ada di dalam sehat dan afiat diharapkan seri paduka sahabat beta terlebih lagi tiada hanyalah diberikan dengan tabik dan hurmat jua daripada beta dan yang berhurmat tuan maxwell serta seri paduka sahabat beta 1915


Nota: Abu Bakar ialah tok aku sebelah bapa. Aku bangga aku dilahirkan dari keturunan pejuang. Semuga ianya juga memberi semangat kepada anak-anak cucuku untuk terus berjuang menegakkan agama Allah.

Wednesday, April 16, 2008

Tafsir Ibnu Kathir- Taaha 53

Rabu (9 R'akhir 1429), masjid UKM, Dr. Ismail.

Taha dr 53
Lepas; dialog musa n firaun. Firaun mengaku tuhan.
Siapa tuhan kmu berdua?

Ulamak tafsir; cerita al-qur'an dselangi kisah lain.
Tuhan jdikan jln/laluan utk kmana2, dia turun air drlangit. Dikeluarkan drnya tumbuhan/buah2an.
Telah dsebut air menumbuhkan pokok2. Makanlah kmu n utk ternakan.
Smua ni tnda2 kebesaran tuhan bg org berakal [an-nuha]. Ulil albab.
Drpd tanah kmi jdikan, dr tanah dkluar d waktu lain. Kuasa tuhan menghidupkan, eg guna lembu al-baqarah.
Ssungguhnya kmi tlah tunjukkan pd firaun ayat2 kmi yg byk. 9 jnis mukjizat dtunjukkan zaman musa.
Mrk tetap enggan, tolak, dusta.
Firaun mintak tunjukkan mukjizat. Kta firaun, adakah kau nak usir kmi ngan sihir. Zaman tukang sihir.
Perlawanan sihir-dsaksikan smua org. Musa cdg d hri perayaan n dkumpul manusia waktu duha. Strategi musa nak tunjukkan kebenaran. Lalu d atur tipudaya. Firaun kerah smua pakar sihir 8000-10000 utk klahkan musa n harun.
Musa berucap beri amaran pd tukang sihir, celaka kmu! Jgn kmu mereka2 pembohongan pd allah. [Ada msa dakwah keras, tp kebykan lembut]
Nnti allah binasakan kmu. Lepas tu mrk berbantah2 antra satu sama lain. berbisik2. Dah ada yg lemah semangat. Mrk kta ini musa n harun, nak usir kmu dr bumi kmu ngan sihirnya. Wahai musa sapa nak mula dlu? Kata musa, kmu dulu. Mrk campak tongkat/tali menjdi ular. Musa agak bimbang. Tuhan kta, jgn takut, kau akan menang. Tuhan perintah musa campak tongkat menjdi ular besar yg ceegas, pantas. Ia menelan smua ular2 sihir.
Smuanya itu tipu helah sihir, mrk takkan berjaya. Terus mrk sjud pd allah, kmi beriman ngan tuhan harun n musa. Dsebut harun dulu, knapa? Ada dbahaskan dlm balaghah.

Tuesday, April 8, 2008

Sirah Nabi saw

1 R'akhir 1429 (7 apr 08) lepas Maghrib, Masjid Sg. Merab, Kuliah Dr. Huda.

Berikut ialah nota yang sempat aku catat.

Hubungan nabi saw dgn keluarga, org ramai, musuh ada dlm sirah.
Nabi saw jadi uswah (ikutan) kepada semua manusia yang miskin, kaya. Ketika miskin Nabi ingat Allah. Ketika kaya nabi saw membelanjakan harta pada jalan Allah.
Nabi saw ketika remaja-tak spt remaja lain-pernah ikut ke tempat hiburan tapi beliau tertidur-tanda Nabi saw maksum (dijaga Allah).
Nabi saw membuat semua kerja pergi berjihad, mengajar, layan cucu, dll.
Bagaimana ibadat nabi saw?. Ada yg khusus yang org lain tak mampu buat-ttg solatnya. Nabi saw sekalipun sibuk, solat waktunya berjamaah, suka betul solat, seronok - rehatnya melalui solat, nikmat. Hinggakan solat mlm dibuat cukup lama. Sahabat yg lebih muda tak mampu ikut. Qiam, ruku', sujud tak terbuat oleh org biasa. Kita amik yg wajib ke atas kita. Bg nabi solat mlm wajib, bg kita sunat. Kita usaha spya seronok solat.
Allahumma laka hamdu.... doa solat malam.
Nabi juga pernah bertengkar, tetapi pertengkaran beliau kerana Allah.
Bagi kita sangat dituntut buat solat witir 3 rakaat, sunat sebelum subuh, sunat rawatib (solat iringi solat fardhu).
Ibadah nabi saw menunjukkan tanda kerasulan.
Puasalah kamu 3x sebulan (maksud hadis Muslim).
Sebaik amalan ialah kekal walau sedikit (maksud hadis Bukhari) iaitu amalan sunat.
Kita perlu ingat mengingat antara satu sama lain. Muzakarah perlu, jika tidak keadaan menjadi lebih buruk.

Wednesday, April 2, 2008

Tafsir surah Taha

Malam ini Dr. Ismail membacakan tafsir Ibnu Kathir surah Taha ayat 22 hingga 52. Boleh semak di laman http://quran.al-islam.com/ untuk teks asal dan terjemahan. Ianya berkisar tentang kisah yang biasa kita dengar iaitu kisah Nabi Musa as dengan Firaun.
Antara isi kandungan ringkas tafsir ialah;
  • Semasa kecil Nabi Musa telah dibela sendiri oleh Firaun
  • Beliau lari ke Madyan setelah membunuh dengan tidak sengaja seorang Qibti yang bergaduh dengan puaknya seorang Israel. Dengan tumbukannya ditakdirkan Qibti mati. Dalam keadaan biasa tumbukan tidak mematikan. Allah selamatkan beliau dari kesalahan ini
  • Di Madyan beliau tinggal bekerja membela kambing selama 10 tahun dengan Nabi Suaib as dan berkahwin dengan anak Nabi Suaib as.
  • Setelah itu beliau kembali ke Mesir untuk bertemu Firaun atas arahan Allah. Beliau dilantik menjadi rasul dengan dibantu oleh saudaranya Nabi Harun as.
  • Nabi Musa as banyak mempunyai mukjizat antaranya tangannya mengeluarkan cahaya, tongkat bertukar menjadi ular besar yang menggerunkan Firaun.
  • Doa-doa Nabi Musa boleh kita amalkan "Wahai Tuhanku lapangkanlah dadaku dan permudahkan segala urusanku dan lepaskan kekakuan dari lidahku supaya mereka faham perkataanku"
  • Dalam terjemahan di atas disebutkan peti yang mengandungi bayi Nabi Musa dihanyutkan ke laut. Laut yang dimaksudkan ialah Sungai Nil. Sg Nil terkenal besar sehingga ada yang mengatakan laut.
  • Kaedah dakwah Nabi Musa kepada Firaun boleh dicontohi. Firman Allah yg bermaksud "Pergilah kepada Firaun sebab ia telah melampau batas (zalim dan mengaku dirinya Tuhan" Pun begitu Allah suruh "Hendaklah kamu bedua (Musa & Harun) berkata dengan kata-kata yang lembut supaya ia beringat"
  • Mereka khuatir "Sesungguhnya aku khuatir Firaun akan segera menyiksa atau melampaui batas" tapi jawab Allah "Kamu jangan takut kerana Aku bersama kamu, Aku dengar dan Aku lihat"
  • 48] Sesungguhnya telah diwahyukan kepada kami bahawa azab seksa di dunia dan di akhirat ditimpakan kepada orang yang mendustakan ayat-ayat Allah dan berpaling daripadanya.
    [49] (Setelah mereka menyampaikan perintah Allah itu), Firaun berkata: Jika demikian, siapakah Tuhan kamu berdua, hai Musa?
    [50] Nabi Musa menjawab: Tuhan kami ialah yang telah memberikan kepada tiap-tiap sesuatu: Kejadian semulajadinya yang sesuai dengannya (menyempurnakan kejadian makhluknya), kemudian Dia memberi petunjuk kepadanya akan cara menggunakannya.
    [51] Firaun bertanya lagi: Jika demikian, bagaimana pula keadaan kaum-kaum yang telah lalu?
    [52] Nabi Musa menjawab: Pengetahuan mengenainya ada di sisi Tuhanku, tertulis di dalam sebuah Kitab; Tuhanku tidak pernah keliru dan Dia juga tidak pernah lupa.

Anti al-qur'an

Minggu ini kita dikejutkan dengan filem 'Fitna' terbitan Geert Wilders ahli parlimen Belanda yang menghina al-qur'an. Aku sendiri tidak melihatnya tapi banyak ulasannya menghina Islam. Contohnya http://www.youtube.com/watch?v=8McIz0ejukg&feature=related
Dia mengatakan al-qur'an menggalakkan kekacauan. Pelik juga tuduhan ini. Aku sendiri ragu adakah dia memahami bahasa arab (al-quran ditulis dalam bahasa arab) sehingga beliau boleh berkata begitu atau beliau hanya mendengar cerita kroni-kroninya sahaja dan inginkan publisiti murahan. Saranannya supaya al-qur'an dilarang dibaca di Belanda adalah sesuatu yang tidak demokrasi dan melanggar hak asasi manusia tentang kebebasan beragama.
Sejarah menunjukkan Yahudi dan Nasara yang memulakan peperangan atau persengketaan. Islam hanya bertindak membela diri tetapi Islam sering dituduh bermacam-macam teroris dsbnya. Cuba kaji kes Palestin, Iraq, Afghanistan, Serbia, dengan adil dan saksama siapa sebenarnya penjenayah?
Jadi sesuailah dengan saranan orang ramai supaya kita boikot semua produk Belanda mengikut kemampuan kita.

Aku telah menyebar kempen anti belanda ni kepada beberapa orang. Berikut beberapa komen yang berkaitan,
  • But most of these products are made in Malaysia. CUma guna nama company belanda jer.
  • Tak ada masaalah nak boikot sbb most of the produk kita tak pakai except pencuci pinggan dgn sabun breeze boleh tukar punya
  • senang beli kat maidin sbb dia dah tulis siap2 produk tu dari belanda....
  • but to impress them.. we need to face them with wisdom and not with emotional...
  • aper y bagus sgt omputih2 tuh?? kalo tengok dalam sejarah pun, (pure history k) omputih2 nih y nak jatuhkan Islam nih, derang senarnya dok ciplak teknologi Islam tau tak.. so, aper ke bodohnya org yang tak sensitif ngan isu penghinaan Agama Islam dari org bukan Islam yang sedap2 ati ciplak n bakar tulisan org Islam.. lagi dikutuknya Muslim yang cuba menegakkan kembali dan memelihara kembali maruah agama.
  • kiter tak boleh sedap2 hati amek hujah dan pendapat dari golongan antihadis dan syiah.. golongan antihadis dah sah-sah kufur.. kiter berpegang pada ahli sunnah wal jamaah.. al-Quran dan as-Sunnah sebagai rujukan utama kiter, tak perlu la nak mengejar dunia nih sgt.
  • kalo kat filem fitna itu, senarnyer pada pendapat aku la kan, greet wilders laknatullah itu hanya nak memecah belahkan umat Islam seperti yang berlaku pada skrg nih.. sbb dier npk ader golongan y begitu concern dengan cacian terhadap agama, dan ada golongan yang tak amek kesah pasal agama...
  • al-fitnatu asyaddu minal qatl (Fitnah itu lebih teruk dari membunuh).

Tuesday, March 25, 2008

Adil, sederhana dan seimbang

Dikutip dari kuliah Dr. Huda, Sg Merab, 24/3/08 lepas maghrib

Cari dunia n akhirat. Hak & kewajipan kena jaga.
  1. Org miskin-berhak utk zakat, daging kurban. Kewajipannya; berusaha ikut kemampuannya.
  2. Ramai manusia nak haknya tapi kewajipannya tak buat.
  3. Macam mana nak adil? Seimbang & pertengahan.
  4. Hak individu & masyarakat. Kapitalis-hak individu. Komunis-hak masyarakat. Islam adil kedua2 hak dijaga, cuma ramai orang Islam tak pegang agama, jahil, tidak faham, tidak menghayati.
  5. Islam agama yg boleh diamalkan, bukan awang2 atau angan atau khayalan. Suruhan boleh dibuat, larangan boleh ditinggalkan.
  6. Manusia ada aqal & syahwat-bukan malaikat. Kadang2 ada buat silap, tapi kesilapan janganlah berterusan, taubat. Kembali pada Allah. Yang buruknya ialah berterusan dlm kesilapan.
  7. Org berilmu, kdg2 terlupa oleh itu perlu nasihat. Nasihat yg ikhlas. Agama itu nasihat.
    Ada balasan bagi yg melakukan kesalahan.
  8. Pintu taubat sentiasa terbuka. Membiarkan kawan dlm maksiat juga berdosa. Nasihatilah dengan cara yg baik dan hikmah, jangan malukan di depan orang lain.
  9. Islam ada kemudahan bagi yang uzur, musafir-agama fitrah
  10. Roh dan jasad perlu pada keseimbangan
  11. Beri ruang utk hiburan-nyanyian. Nyanyian yg haram-senikatanya merosakkan akhlak, memuji wanita, menggalakkan dadah, arak. Yg baik memuji allah, rasul, alam. Penyanyi, pergaulan kena jaga. Wanita tak digalakkan menjadi penyanyi, kalau nak juga kena tutup aurat.
  12. Alat2 nyanyian- spt guitar mazhab 4 haram berdalil hadis bukhari- cuma ada muallaq. Ulamak skrg ada yg membolehkan. gendang2 tiada khilaf, dibolehkan.
    Nasyid yg baik2-hiburan yg sederhana.
  13. Menjaga kesihatan-jasad & roh. Riadah, main-jangan melampau. Sederhana. Main bukan matlamat.

Wednesday, March 19, 2008

Bersama Dr Huda- Isnin 17 Mac

Lepas maghrib aku mengikuti kuliah dan perbincangan dengan Dr. Huda Mohsin di masjid Sg. Merab. Aku datang agak lewat sedikit, kuliah dah bermula jadi aku tak pasti kitab mana yang dibaca oleh beliau kali ini. Yang aku pasti ialah kitab karangan Dr. Yusuf Qardhawi seorang ulamak besar zaman ini.
Kitab ini membincangkan tentang permasaalahan nas qat'ii dan zanni, iaitu perkara yang pasti dan perkara yang tak pasti yang berubah mengikut zaman atau perkara yang berbeza pendapat. Perkara yang jelas contohnya solat isyak 4 rakaat bukan 3 bukan 5, haramnya riba, haramnya minum arak, haram zina dan lain-lain.
Perkara zanni atau perkara baru seperti kenduri arwah 7 hari, 40 hari, baca yasin malam jumaat dsbnya. Ianya bukan qat'ii ada khilaf. Solat jamaah asalnya qat'ii, yang khilafnya tentang fardhu kifayah, sunat muaakad.
Ajaran Islam tidak akan bertentangan dengan aqal, dengan sains. Contoh perkara baru lain ialah pemindahan organ manusia, pemindahan jantung, hati dll. Perkara baru begini memerlukan kepada kajian dan ijtihad ulamak. Islam mengajak ijtihad, melakukan pembaharuan. Ada yang tetap dan baharu. Islam menentang jumud dan taklid - ikuti perkembangan. Syariat tidak menolak benda baru dan tidak akan lemah untuk menyelesaikan sebarang masaalah - iaitu ijtihad dan tajdid. Nabi saw menyuruh ijtihad. Segala permasalahan baru perlu diselesaikan. Begitulah indahnya Islam - sentiasa dinamik mengikut peredaran zaman. Penyelesaian kepada masaalah memerlukan kajian dan penyelidikan yang sangat dituntut oleh Islam.
Dr. Yusuf menyatakan bahwa ada pendapat mengatakan pintu ijtihad telah tertutup. Ini pendapat yang tertolak. Nabi saw sendiri membuka pintu ijtihad kenapa pula kita mesti menutupnya.
Bagaimanapun bukan semua orang boleh berijtihad. Antara syarat-syaratnya ialah,
1-mahir dalam bahasa arab
2-usul fiqih
3-ilmu khilafiah
4-memahami al-qur'an dan al-hadis
3-faham aqidah
4-dll

Mesti ada penyelesaian syariah bagi setiap masaalh. Yang menjadi lemah ialah kelemahan aqal orang Islam. Ulama sekarang perlu kepada kesungguhan. Pintu ijtihad terbuka kepada ahlinya. Seseorang tidak boleh menutup pintu ijtihad sedang Nabi saw mebukanya. Oleh itu kita hendaklah beri peluang untuk menzahirkan ijtihad. Beliau mengatakan kenapa ijtihad hanya berlaku di zaman Imam Syafie, Maliki, Hanbali dan Hanafi sahaja. Kenapa tidak zaman ini?. Ini juga menunjukkan kelemahan umat Islam zaman ini, yang lemah serba serbi dan jahil dalam ilmu, malas belajar atau mengkaji, yang banyak bertaklid dan mengikut saja. Mujtahid zaman ini perlu mempunyai ilmu lama yang bermanfaat digabung dengan ilmu moden yang baik. Supaya mereka dapat melihat tentang keperluan zaman ini begitu juga mengetahui permasaalahan berlaku zaman ini dan perkara yang tak boleh elak.