Terdapat banyak nas tentang tajuk di atas. Antaranya ialah surah al-Mu'minum, 23:1-11. Maksudnya ialah "Sesungguhnya telah berjaya orang mukmin, yang mereka khusyuk di dalam sembahyang, yang berpaling perkara2 yang lagha, yang mengeluarkan zakat, yang memelihara faraj mereka (menjauhi zina), kecuali kepada isteri atau hamba mereka maka mereka tidak dicela, maka sesiapa yang menginginkan selain daripada yang demikian maka mereka adalah orang yang melampaui batas. Dan mereka yang memelihara amanah dan janji mereka, dan mereka yang menjaga semabhyang mereka. Mereka itu adalah orang yang mewarisi syurga Firdaus, mereka kekal di dalamnya."
Surah lain yang berkaitan ialah al-Muddaththir (74:42-46), al-Ma'arij (70:19-35), al-Ma'un (107:4-5), Maryam (19:59).
Rasulullah saw juga menyatakan bahawa antara ciri2 orang berjaya atau ciri2 orang masuk syurga ialah orang yang mengerjakan sembahyanagnya dengan sepenuhnya dan tidak dikurangkan walau sedikit pun. Sabdanya seperti dalam sahih Bukhari bab puasa, suna Tirmizi bab solat, sunan an-Nasa'i bab zakat.
Wednesday, May 26, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)