Hari ini 15 ramadhan 1432. Alhamdulillah, sudah separuh bulan kita berpuasa. Di Bangi kebanyakan surau atau masjid buat 20 rakaat tarawih. Tarawih bermakna rehat. Sembahyang tarawih bermakna sembahyang kerehatan. Dilakukan dengan tenang, aman, rehat tanpa tergesa-gesa. Bagi yang sudah berumur (veteran) 20 rakaat mungkin agak penat terutama bila ingin dihabiskan 1 juzuk satu malam. Kenapa kita perlu habiskan 30 juzuk bacaan al-Qur'an di bulan ramadhan. Manakah lebih baik jika kita membaca pendek tapi tenang, aman, rehat dan khusyuk dari kita membaca panjang tapi dalam keadaan mengantuk, penat? Apakah kuantiti lebih diutamakan dari kualiti?
Sembahyang tarawih ialah sembahyang rehat. Pengajarannya kita disuruh juga sembahyang fardhu dengan keadaan rehat, tenang dan khusyuk. Bukankah jika makanan telah dihidang maka kita disuruh makan dahulu dan sembahyang kemudian? Kenapa perlu tergesa-gesa melakukan sembahyang?
Alhamdulillah selain perkara di atas, antara pengajaran yang aku perolehi tahun ini juga ialah kesabaran dan kekal belajar. Sabar akan kurnian dari Allah, kekal belajar dan membaca al-Qur'an. Amalan yang sedikit tapi berkekalan.
Monday, August 15, 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)