Bismillahir rahmanir rahim
Pengenalan Ilmu Tafsir
(20-4-1999)
Sejarah Tafsir bermula turunnya al-Qur’an.
Orang pertama yang mentafsir ialah rasulullah saw sendiri
· Menyampaikan nas dan membaca pada
sahabat
· Mentafsir ayat-ayat yang musykil
· Selain menyampai beliau juga
mengajar qira’at
· Beliau mentafsir semasa ditanya atau
pun tidak
Ibnu Taimiyah mengatakan rasul saw mentafsir
seluroh al-qur’an. Tapi kebanyakan ulama mengatakan kebanyakan al-qur’an
ditafsir
Ibnu Abbas mengatakan ayat al-quran boleh
dikategorikan;
· Mudah difaham
· Setengahnya hanya ulama
· Ada yang tidak diketahui seperti
benda ghaib
Tafsir zaman rasulullah saw tidak banyak, sebab
sahabat sudah faham. Tafsir zamannya pendek dan ringkas, zaman tabien lebih
luas dari zaman sahabat.
Terdapat 2 jenis tafsir
1. Tafsir al-matsur: tafsir dari
al-qur’an sendiri, hadis nabi sahih, tafsir sahabat atau tabien
2. Tafsir bir-raktyi: kebanyakan
berdasar pemahaman ulama tafsir dengan cara ijtihad bila orang itu ada
kelayakan
Tafsir rakyi boleh dibagi lagi kepada 2
1. Ijtihad yang dibolehkan syarak
2. Yang dtegah syarak
Tafsir rakyi yang ditegah syarak ialah yang
guna akal semata-mata tidak pada bahasa Arab, lebih-lebih lagi tiada kelayakan
sebagai mufassir (ahli tafsir). Contohnya tafsir golongan syiah, tafsir
menyeleweng bathiniah, ajaran tasleem, tok janggut bt.2 Kota Baru yang
mengatakan amalan itu niat, sembahyang sekali seumur hidup.
Tafsir Ibnu Kathir diantara tafsir
al-matsur yang bersumberkan al-qur’an dan hadis dengan sanad. Bila disebut
hadis dijelaskan kedudukan hadis. Tiada sebarang unsur israeliat. Kalau ada
diterangkan. Tafsir ini dibaca diseluruh dunia kurun ke 9 dan 10.
Musafahat = berguru dan melalui riwayat
Hadis telah ditulis di zaman
rasulullah hidup, akhir kurun ke 2 hijrah. Semasa Umar Abdul Aziz kitab hadis
secara khusus telah ditulis.
Surah al-Fatihah (27-4-1999)
Merupakan ibu (abstrak) kepada kitab
al-qur’an. 4 ilmu asas terdapat dalam
surah al-fatihah;
1. Ilmu usuluddin (usul aqidah asas) –
ayat 1-4
a) Mengenal Tuhan
b) Mengenal nabi-nabi
c) Menjelaskan masaalah hari kiamat
2. Ilmu al-furu’ (cabang ibadat) – ayat
5
a) Ibadat harta benda, tubuh badan,
zakat, muamalat, munakahat (nikah kahwin)
3. Ilmu akhlak – ayat 5-6
4. Cerita dan berita umat dahulu.
Cerita dahulu menjadi pengajaran – ayat 7
Nama-nama surah al-Fatihah
1. Al-hamdu
2. Ummul qur’an
3. Fatihatul kitab (pembukaan
kitab). Susunan al-qur’an secara taifiqi
telah diajar oleh rasulullah saw
4. As-syafiah (ubat). Mengubat
penyakit. Seperti diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Abi said al-Kudri musafir
bersama sahabat semasa rasul saw lalu berjumpa penduduk satu kaum yang meminta
mengubat penghulunya yang sakit tenat.
Sahabat ditanya adakah antara kamu yang boleh menjampi? Sahabat telah
membaca al-fatihah lalu sembuhlah penyakit ketua mereka. Lalu dihadiahkan 30,000
ekor kambing. Setelah itu sahabat kembali kepada rasul saw dan bertanya
bolehkah kami ambil upah dengan membaca al-fatihah. Maka kata rasul saw yang kamu baca tadi ialah
jampi. Dari peristiwa ini ulamak
mengkiaskan boleh diambil upah mengajar, boleh jampi/doa yang tidak mengandungi
unsur-unsur syirik.
5. As-syalah. Hadis qudsi memberi nama
fatihah sebagai as-syalah. Hadis Muslim kata Tuhan bagi fatihah kepada 2
bahagian. Satu untuk Aku dan satu untuk hamba. Allah taala menjawab apabila
hambanya membaca setiap ayat al-fatihah.
Oleh itu fatihah sebaiknya dibaca ayat demi ayat. Nabi pun dikatakan
membaca satu persatu. (Bagaimanapun ulamak qiraat membolehkan wasal - mengikut
makna)
Kelebihan membaca “Au zubillahi minassyaitanir
rajim” sebelum baca al-qur’an.
Malaikat dan Jin diminta sujud kepada Adam
kecuali Iblis. Iblis bersumpah, Demi Tuhan aku akan sesatkan anak-anak adam
kecuali yang ikhlas. Cara nak sesat anak Adam,
1. Aku akan sekat jalan Engkau yang
betul
2. Aku akan masuk ikut penjuru kanan,
kiri, belakang dan hadapan – ini bermaksud syaitan tidak mendatangi dari atas
(ingat Allah) atau bawah (sujud, iaitu sembahyang)
Bila baca “A’u zubillah…….sebelum
baca al-qur’an syaitan tidak akan mengganggu.
Terjemahan al-Fatihah
1- Dengan nama Allah yang maha pemurah
lagi amat mengasihani
2- Segala puji bagi Allah Tuhan yang
memerintah seluruh alam
3- Yang maha pemurah lagi maha
mengasihani
4- Yang memerintah hari kiamat
5- Hanya engkau sahaja yang kami
sembah, hanya engkau sahaja kami meohon pertolongan
6- Tunjukkanlah kami jalan yang lurus
7- Iaitu jalan orang-orang yang engkau
beri nikmat dan bukan jalan orang yang engkau murkai dan jalan orang yang sesat
Al-fatihah mengandungi 7 ayat termasuk
bismillah (mengikut Shafii). Lain mazhab (Hanafi, hanbali –Mekah, Maliki) 7
ayat juga tapi tidak termasuk bismillah. Ayat terakhir dipecah 2.
(5-5-1999) masuk lewat
dengar kaset
Intisari tafsiran surah
al-fatihah
Alhamdulillahi rabbil ‘alamin: Ajar umat
islam cara bersyukur kpd Allah. Kalau
ucapkan sykur kpd Allah sebut lah alhamdulillah bukannya terima kasih
Allah. Kenapa Allah ajar supaya kita
bersyukur? Nikmat yang Allah berikan
kepada manusia tidak dapat dihitung.
Sebelum Allah menjadikan manusia Dia telah menyiapkan apa-apa yang
diperlukan manusia. Dalam qur’an
disebutkan Allah tetapkan sumber rezeki manusia. Ciptaan Allah untuk kegunaan manusia. Manusia
tidak mampu mencipta tetapi sekadar mengolah /berusaha /menggunakan
sumber/bahan yang telah dicipta Allah.
Syukur ditunjukkan melalui lisan, hati dan perbuatan.
Kalimah Allah hanya pada Allah tak boleh beri
nama kepada orang lain. Kemudian Tuhan
memerintah seluruh alam. Kalimah rabb
Allah mempunyai nama dan sifat yang banyak.
Nama-nama yang baik disebut dalam hadis 99, sebenarnya lebih banyak
kerana Dia maha sempurna dan layak mempunyai sifat-sifat itu.
Kalimah alhamdulillah juga tidak ternilai
disisi Allah. Dalam hadis Ibnu Majah,
Rasulullah saw menceritakan kelebihan menyebut “ya rabbi lakal hamdu kama yam
bayhi lijalali wajhikal karim waliazimi sultoonik” (Wahai tuhanku segala
puji-puji bagi engkau, puji yang layak dengan kebesaran engkau dan kehebatan
engkau). Malaikat tak boleh nak tulis
berapa banyak pahala. Tuhan berkata
tulis kalimah seperti yang hambaKu kata.
Ar-rahmanir rahim: amat pemurah lagi
mengasihani. Ar-rahman ialah nama dan
sifatNya yang pemurah di dunia – semua makhluk dapat menikmatinya tak kira
walaupun mereka itu paling kafir kpd Allah.
Manakala sifat rahim (pemurah) hanya khusus untuk orang Islam di
akhirat. Dia tak bagi sifat ini kepada
orang kafir. Orang Arab jahiliah cukup
faham dengan kalimah ar-rahman dan tak suka nak sebut. Semasa perjanjian
Hudaibiah, Nabi saw telah menyuruh Sayyidina Ali ra menulis “Bismillahir
rahmanir rahim”, terus dibantah, katanya kenapa ar-rahman? Kami tak kenal. Bukannya mereka tak kenal tapi sengaja tak
mahu terima kerana sombong. Mereka minta
supaya ditulis “dengan nama engkau wahai Allah” sahaja. Mereka tak tolak sebut nama Allah tapi jangan
sebut ar-rahman. Lepas tu turunlah
firman Allah yang menyebut panggillah Tuhan dengan apa-apa nama saja asalkan
nama yang benar, mu nak panggil Allah, atau ya rahman atau ya rahim kerana
Tuhan mu memiliki semua nama-nama yang baik.
Maliki yau middin: Tuhan yang memerintah hari
kiamat. Kenapa disebut hari kiamat sedangkan Dia juga yang memerintah
dunia. Ini kerana pada hari itu semua
manusia sama kecuali yang mulia hanyalah yang beriman. Pada hari itu Tuhan bertanya siapa yang
berkuasa/ raja pada hari ini? Tiada siapa yang berani menjawab. Hanya Tuhan yang satu berkuasa pada hari itu.
Iyya kana’ buduwaiyya kanastain: Hanya engkaulah yang kami sembah dan hanya
engkaulah yang kami mohon pertolongan.
Pengakuan pertama ialah membersih segala unsur syirik kpd Allah -
mengaku hanya nak sembah Allah dan kedua hanya Allah saja yang dimohon
pertolongan bukan selainNya. Ini masalah
berhubung akidah yang ikhlas. Ini kerana
manusia yang menyembah Allah sebelum turunnya al-qur’an mereka meminta melalui
perantaraan berhala dll. Mereka
menganggap mereka tak suci tak berkat lalu diminta melalui berhala atau patung
atau datuk nenek mereka. Itu semua unsur
syirik dan khurafat yang diajar al-qur’an supaya jangan diminta melaluinya,
terus sahaja kepada Allah. Seperti
meminta melalui Jin, syaitan, iblis adalah tak boleh. Minta tolong yang dilarang ialah yang
melibatkan akidah, pertolongan antara manusia tidak dilarang. Tanpa pertolongan antara manusia maka tidak
sempurna kehidupan bermasyarakat.
Ihdinasirotal mustaqim: Tunjukkanlah kami
jalan yang lurus iaitu jalan al-qur’an, islam, jalan Muhammad saw. Jalan yang lurus bermakna jalan yang benar,
betul. Rasulullah pernah menggunakan alat bantu mengajar. Beliau melakarkan di
atas pasir bagi memperihalkan jalan yang lurus. Beliau mengatakan Inilah jalanku jalan yang
lurus, jangan ikut jalan lain.
Sirotallazina an ‘amta alaihin: Iaitu
(sifat) jalan orang yang engkau telah beri rahmat (jalan para nabi, rasul,
syuhada, siddiqin (kuat ibadat dan tetap), solihin). Dalam firmannya yang lain, “Orang-orang yang
taat perintah allah dan rasul mereka akan bersama golongan nabi, rasul,
syuhada, siddiqin dan solihin. Di
akhirat ada 4 kelas manusia.
Ghairilmaghdubi alaihin waladdooooooliin:
Tidak jalan orang yang dimurkai (Yahudi laknatullah) dan orang yang sesat
(Nasara) termasuk sesiapa yang melanggar perintah Allah. Yahudi dikatakan orang
yang dimurkai Allah kerana terlalu banyak jenayah yang dilakukan mereka sejak
zaman nabi mereka lagi sehingga zaman nabi saw.
Ditempat lain al-qur’an menyebutkan “dilaknat atas kaum bani
israel”. Sebab itu tak ramai Israel yang
masuk Islam dibandingkan dengan Nasara.
Termasuk juga siapa-siapa yang melanggar perintah Allah - angkuh dan
sombong semasa melanggar perintah Allah.
Umat Islam diajar supaya sentiasa bergantung mengharap pada Allah supaya
sentiasa kekal teguh dalam hidayah.
Bacaan Bismillah dan Ameen
Disunat membaca bismillah pada setiap amalan
baik. Tanpa bismillah, amalan tak lengkap atau sempurna. Hadis Termizi menyebut
supaya baca bismillah sebelum makan. Kalau lupa dibaca “Bismillahi awwaluhu wa’
aakhiruhu”. Ini menunjukkan pentingnya baca bismillah.
Kelebihan Ameen
Maknanya “Terimalah Ya Allah”. Hadis
riwayat Muslim. Apabila Imam kata ameen, hendaklah kamu kata ameen kerana
malaikat juga kata ameen. Kalaulah kebetulan serentak dengan malaikat akan
diampun Allah dosa-dosa yang lalu
AlBaqarah
Terdapat cerita safi betina. Nak tunjuk
bukti hari Kiamat. Surah Madaniah iaitu diturunkan selepas hijrah nabi.
Kelebihan surah al-Baqarah
Setiap sesuatu tu ada ketua (kepala).
Ketua al-qur’an ialah al-baqarah. Ketua ayat al-qur’an ialah ayatul kursi.
Hadis Ibnu Hanbal: jangan kamu jadikan rumah kamu seperti kubur. Sesungguhnya
rumah yang dibaca baqarah maka syaitan tak akan masuk. Haids lain, apabila dibaca
surat al-baqarah syaitan akan lari. Hadis Termizi, sesiapa baca 1 huruf dari
al-qur’an dia dapat hasanah sebanyak 10 kali ganda. Yang susah nak sebut pun diberi pahala.
1-Alif, laamm min : ayat-ayat rahsia atau nama
surah
2-Zaa likal kitab……….: Itulah kitab al-quran
yang tiada keraguan padanya petunjuk bagi orang-orang islam (bertaqwa). Peranan al-qur’an memberi bimbingan, tunjuk
ajar, panduan untuk manusia. Ini khusus untuk yang bertaqwa, kerana orang
bertaqwa sahaja yang ambil manfaat daripada petunjuk / hidayah al-qur’an. Tetapi ia tetap petunjuk pada seluruh
manusia.
3-Menerangkan ciri-ciri orang muttaqin. Setelah turun al-quran rasulullah saw nak
tarik sebanyak mungkin kepada islam. Respon manusia ada 3 golongan;
a) Beriman dan beramal soleh
b) Kafir tak beriman
c) Munafik
(12-5-1999)
Petunjuk kepada orang muttaqin- kerana mereka
inilah mengambil faedah, yang menjadikan taqwa sebagai benteng. Sifat-sifat
mutaqqin diterangkan surah al-mukminun.
Beriman kepada perkara ghaib – iman?. Dari segi
bahasa iman bermakna percaya. Dari segi syarak – yakin, I’tiqad hati, diakui
mulut dan dibukti dengan ibadat/amal.
Sekiranya orang percaya (beriman) sahaja tanpa melakukan amal dikira
mukmin berosa besar (zalim). Ghaib?
Termasuk Allah swt sebab Allah itu ghaib – apa sahaja yang ghaib dari
kita. Ghaib bermakna;
1. Benda-benda sudah ada tapi tidak
boleh dilihat dengan mata kasar – malaikat, jin, syurga, neraka. Kita beriman
kerana disebut al-qur’an dan hadis.
2. Akan datang – hisab, titian
3. Hidup selepas mati
4. Qadar dan qada’ dan
5. Perkara ghaib yang disebut
al-qur’an.
Perkara khurafat ialah yang tidak disebut
al-qur’an atau hadis. Contohnya percaya adanya jin bukan khurafat kerana
disebut al-qur’an.
Mereka melakukan sembahyang dan membelanjakan
rezeki. Dalam al-qur’an tak disebut cara sembahyang. Rasulullah saw (pentafsir
pertama al-qur’an) selepas menerima perintah sembahyang 5 waktu semasa israk
dan mikraj. Beliau tunggu 2 hari untuk mendapat penjelasan dari Jibrail.
“Sembahyanglah sebagaimana aku sembahyang” kata
rasul saw. Golongan ajaran sesat yang tak sembahyang mentafsir sembahyang
sebagai berdiri. Amalan itu adalah niat.
Sedangkan maksud ‘wayukii mu nassalat… bermaksud kerjakan sembahyang. Ini juga menolak dakwaan golongan
anti-hadis. Kita meragui bagaimana mereka
sembahyang jika mereka hanya berpegang pada al-qur’an.
Membelanjakan infaq – maksudnya zakat, juga
memberi maksud menolong orang lain, diri sendiri, keluarga dan orang
tanggungan. Belanja untuk keluarga juga ibadat.
Dari kitab Syama’il Termizi (hadis) “Sesuap ke isteri atau suami itu
satu sedekah”. Tuhan puji orang bijak berbelanja. Tidak terlalu boros dan
kedekut tetapi pertengahan. Kedekut pada diri sendiri pun dicela Islam.
Solat hubungan manusia dengan Allah
Infaq hubungan manusia dengan manusia
Yang beriman kepada yang diturun kepada engkau
(Muhammad saw), kitab-kitab sebelum al-qur’an dan mereka yakin dengan hari
akhirat.
Pada tahun 400 Masehi berlaku satu persidangan
di Turki mengumpulkan 1000 karangan injil – hanya 4 diambil dan lain ditolak
termasuklah injil Barnaba.
Yakin dengan hari akhirat (yakin
sungguh-sungguh). Amaran Allah kepada mereka yang menipu dalam perniagaan.
Adakah mereka-mereka yang menipu ini meragui hari Kiamat? Hari
akhirat/kiamta/pembalasan iaitu akhir dunia selepasnya tiada lagi akhir
selama-lamanya.
Mereka itulah yang berada di atas (‘ala) petunjuk al-qur’an.
Al-qur’an menggunakan kalimah ‘ala (di
atas) bagi petunjuk. Kalau sesat digunakan kalimah pi, yakni di dalam
kesesatan. Contohnya ‘ulaa ika pi dhalalim mubin’. Dalam surah al maa’uun, ayat 4 dan 5, setengah
mentafsirkan Maka celaka bagi orang yang solat, iaitu orang-orang yang lalai di dalam solatnya. Sedangkan pada ayat ini kalimah ‘an (dari) digunakan. Sebenarnya yang dimaksudkan ialah yang
jarang-jarang sembahyang, iaitu sembahyang orang munafik.
Golongan kafir (ayat 6)
Sesungguhnya orang-orang kafir itu sama sahaja
samada diberi peringatan atau tidak.
Al-qur’an sentiasa suruh ajak ke Islam. Tugas rasul ajak sahaja. Bagi
yang diajak tapi masih degil, ini ada hubungan dengan qadar. Tuhan telah tulis demikian kerana Dia telah
tahu qadar dan qadha’. Contohnya, kisah abu lahab suami isteri yang kerjanya
menghalang kerja dakwah rasul. Beliau ialah bapak saudara nabi. Dalam surah
al-lahab “Celakalah abu lahab, segala yang dibuatnya sia-sia sahaja dia akan
dimasukkan dalam api neraka bernyala”.
Abu Lahab meningal lebih lewat dari Nabi saw dan memang abu lahab tidak
beriman. Tuhan telah tahu.
Tugas rasulullah saw hanya menyampaikan bukan
paksaan.
(Ayat 7) Allah tutup pintu hati mereka, pendengaran dan
mata dan mereka diazab yang besar. Pintu
masuk hidayah ada 3; pendengaran, penglihatan, hati.
Oleh itu buta, bisu dan pekak tiada tuntutan
syarak.
“Allah taala yang mengeluarkan kamu dari perut
ibu kamu. Dialah yang menjadikan pandangan, penglihatan dan hati”. Bila sudah ditutup tidak akan masuk hidayat.
Nauzubillah. Kita hendaklah sentiasa
berdoa agar tidak ditutup dari mendapat hidayah Allah. Bagi orang yang sehat,
mereka pekak, tuli dan bisu dari, bagi mereka yang kufur itulah azab yang
besar.
Golongan munafik (ayat 8)
Nifak = lain yang dizahir lain yang
disembunyikan – menipu.
Istilah syarak= orang yang mengaku beriman
tetapi menyembunyikan kekufurannya. Bila dan di mana berlaku?
Tidak berlaku di Makkah tetapi di Madinah
selepas Islam kuat. Di makkah mereka berterus terang sebab Islam masih
kecil. Di Madinah, Islam dah kuat,
mereka masuk Islam dan merusakkan Islam dari dalam (diketuai Yahudi).
“Setengah dari mereka ada yang berkata
kami beriman dengan Allah dan hari akhirat sedangkan sebenarnya tidak”.
(ayat 9)
“Mereka menipu Allah dan orang beriman
tapi sebenarnya menipu diri sendiri. Mereka saja yang tidak sedar”.
Muamalat bila mereka mati kena tanam cara
Islam. Akibat dari penipuan mereka itu
sebenarnya kembali kepada mereka sendiri.
Jenis-jenis munafik akan diterangkan minggu
hadapan
(18-5-1999) tidak
hadir kerana tugas di Myanmar – nota dari kawan
Ayat 10
Dalam hati mereka (golongan yang munafik itu) terdapat
penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada
mereka; dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya,
dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran).
Penyakit hati – sombong, riya, mudah marah,
syak wasangka, kufur, keraguan, meragui Islam. Syak – penyakit ragui Islam.
Allah tambah sakit hati mereka. Apabila sakit hati, dengki, dendam – kurang
tidur, jadi penyakit sebenarnya yang merupakan azab yang memedihkan.
Ayat11
Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Janganlah
kamu membuat bencana dan kerosakan di muka bumi", mereka menjawab:
"Sesungguhnya kami orang yang hanya membuat kebaikan".
Diluar – bila diberi nasihat jangan buat
kerosakan sesungguhnya kami hendak buat baik.
Fasad –kufur- membuat perkara maksiat, perkara salah, buat kerosakan,
jangan kufur, mereka hanya pura-pura beriman
Ayat12
Ketahuilah! Bahawa sesungguhnya mereka itulah orang yang
sebenarnya membuat bencana dan kerosakan, tetapi mereka tidak menyedarinya.
Ayat13
Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Berimanlah kamu
sebagaimana orang itu telah beriman". Mereka menjawab:" Patutkah kami
ini beriman sebagaimana berimannya orang yang bodoh itu?" Ketahuilah!
Sesungguhnya merekalah orang yang bodoh, tetapi mereka tidak mengetahui
(hakikat yang sebenarnya).
Golongan munafik seperti yang diterang sebelum ini
terhasil setelah tertubuhnya negara Islam di Madinah. Jenis-jenis munafik
a-munafik iqtiqadi (munafik yang kafir)
b-munafik amal perbuatan
Munafik yang kafir mengata Islam hanya di mulut
sahaja tidak di hati – sama seperti kafir, kekal dalam neraka.
Munafik amali – sifat dan tidak sama spt yg
disebut al-Quran. Kalau ada sebahagian sifat munafik – berdosa. Sifatnya
banyak. Tanda-tanda munafik;
1. Bila bercakap ia bohong
2. Berjanji ia mungkir
3. Mengkhianati amanah
4. Berkelahi melampaui batas
Mereka tidak pilih Islam kerana menganggap
orang Islam bodoh. Lalu dipilih selain Islam iaitu pilihan yang tidak betul –
inilah bodoh yang sebenar tapi mereka tidak tahu.
Ayat14
Dan apabila mereka bertemu dengan orang yang beriman,
mereka berkata: "Kami telah beriman", dan manakala mereka kembali
kepada Syaitan-syaitan mereka, mereka berkata pula: "Sesungguhnya kami
tetap bersama kamu, sebenarnya kami hanya memperolok-olok (akan orang yang
beriman)".
Ayat15
Allah (membalas) memperolok-olokkan mereka, dan
membiarkan mereka meraba-raba dalam kesesatan mereka (yang melampaui batas
itu).
Jumpa orang Islam, mereka kata kami beriman.
Allah memaki orang munafik dengan Syaitan.
Memperolok-olokkan – jauhkan sifat memperlekeh
orang, lihat orang susah, jangan kita hina atau perlekeh kerana ini juga sifat
munafik. Allah membalas terhadap
perolokan mereka dengan balasan yang setimpal. Allah biar bertambah dosa
mereka.
Ayat16
Mereka itulah orang yang membeli kesesatan dengan
meninggalkan petunjuk; maka tiadalah beruntung perniagaan mereka dan tidak pula
mereka beroleh petunjuk hidayah.*
*
Allah bandingkan
keadaan mereka seperti orang berniaga yang tidak tahu cara berniaga dengan
betul, maka orang yang seperti ini bukan sahaja tidak mendapat laba bahkan
modalnya hilang. Modal yang dimaksudkan itu ialah sifat-sifat semulajadi yang
suci sejahtera, yang dijadikan oleh Allah Ta'ala untuk menerima Agama-Nya dan
pertunjuk-Nya.
Perbandingan spt jual beli, ambil barang nak baik,
berniaga nak untung. Mereka ambil kesesatan dari petunjuk, jadi tak untung
jual-beli mereka. Mereka tidak mendapat
petunjuk, Allah tunjukkan jalan syurga dan neraka
Ayat17
Perbandingan hal mereka (golongan yang munafik itu)
samalah seperti orang yang menyalakan api; apabila api itu menerangi
sekelilingnya, (tiba-tiba) Allah hilangkan cahaya (yang menerangi) mereka, dan
dibiarkannya mereka dalam gelap gelita, tidak dapat melihat (sesuatu pun).
Nyala api, sesudah terang Tuhan padam
sekeliling maka tinggal dalam kegelapan.
Islam adalah nur (cahaya) menyuluh menerangi
hidup mereka. Mereka bersyahadah tapi bukan di hati – jadi tak dapat manfaat
dari nur iman.
Ayat18
Mereka (seolah-olah orang yang) pekak, bisu dan buta*;
dengan keadaan itu mereka tidak dapat kembali (kepada kebenaran).
*
Kerana tidak
mahu mendengar, tidak mahu mengakui kebenaran, dan tidak mahu pula memandang
dan memerhatinya.
Mereka tuli, pekak, buta tidak kembali kpd
kebenaran. Ada telinga tidak dengar
perkara baik. Tidak guna pancaindera untuk kebaikan dunia dan akhirat.
Ayat19
Atau (bandingannya) seperti (orang yang ditimpa) hujan
lebat dari langit, bersama dengan gelap gelita, dan guruh serta kilat; mereka
menyumbat jari mereka ke dalam telinga masing-masing dari mendengar suara
petir, kerana mereka takut mati. (Masakan mereka boleh terlepas), sedang
(pengetahuan dan kekuasaan) Allah meliputi orang yang kafir itu.
Ayat20
Kilat itu pula hampir-hampir menyambar (menghilangkan)
penglihatan mereka; tiap-tiap kali kilat itu menerangi mereka (dengan
pancarannya), mereka berjalan dalam cahayanya. Dan apabila gelap menyelubungi
mereka, berhentilah mereka (menunggu dengan bingungnya). dan sekiranya Allah
menghendaki, nescaya dihilangkan-Nya pendengaran dan penglihatan mereka;
sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
Keadaan sikap, sifat orang munafik spt
ditimpa hujan dari langit, disertakan gelap gelita, guruh dan kilat, hampir
petir-petir menyambar pandangan. Sikap
orang munafik yang sesuai dia ikut untuk kepentingan. Bila tiada kepentingan
dia diam.
Ayat al-Quran mengancam orang yang tutup
telinga tak mahu mendengar, takut rahsia dibuka. Kaum nabi Noh bila diajak
mereka sumbat telinga, tutup muka tak mahu dengar dakwah. Buat-buat tak tahu,
tak beri perhatian. Orang munafik benci
dengar kebenaran.
(26-5-1999)
(Ayat 21)
“Wahai manusia sembahlah Tuhan kamu, Tuhan yang
menjadikan mereka sebelum kamu supaya kamu menjadi orang yang bertaqwa”
Dalil Allah itu satu.
Iaitu Tuhan yang menjadikan bumi untuk kamu
sebagai hamparan dan sebagai binaan dan menurun dari atas langit air hujan.
Dengan air hujan keluarlah buah-buahan yang menjadi rezeki. Oleh itu janganlah
kamu sembah selain Allah sedangkan kamu mengetahui. Hamparan bermaksud tetap
tidak bergoyang, walaupun bumi berpusing ia tetap di atas paksinya. Dalam ayat
lain bukit sebagai paku bumi.
Tuhan jadikan langit 7 lapisan. Apa yang boleh
dilihat di cekerawala ialah langit pertama . Setiap lapiis ada penjaga pintunya
seperti kisah Isra’ mikraj. Diturunkan hujan dari langit atau dari atas.
Sejarah penyembahan berhala – kemudian ayat
seterusnya masih akidah. Bukti al-qur’an dari Allah dan sebagai cabaran kepada
kaum Qurais “
Sekiranya kamu meragui meragui al-qur’an yg
diturunkan bawa datang cipta satu surah yang sama (dari segi matlamat)
al-qur’an. (Satu surah = sekurangnya 3
ayat). Panggillah pembantu2 kamu jika benar dakwaan kamu. Cabaran ini memang disambut, tapi tidak
berjaya spt al-fil mereka cuba buat – yang menjadi bahan ketawa mereka sendiri. Sekiranya kamu tidak boleh buat dan memang
kamu tidak akan boleh buat (sampai bila2), maka hendaklah kamu takut akan
neraka”. Ini amaran terhadap mereka yang meragui al-qur’an – perlu diperbaharui
syahadatnya. “yg mana bahan bakarnya manusia dan batu2 yang disediakan bagi
orang kafir” Batu tentunya keras dan untuk menyalakannya tentu memerlukan api
yang kuat. Api dunia spt lahar gunung berapi baru 1/70 api neraka. “telah
disediakan bagi orang2 kafir”. Syurga dan neraka memang sudah ada. Cara al-qur’an bila dia menyebut balasan utk
kafir disebut pula balasan kpd yang mukmin. “ gembirlah org beriman dan beramal
soleh bahawa bagi mereka syurga2 yang mengalir di bawahnya sungai2”. Sungai air
madu, arak dan susu. Sebahagian rezeki syurga ialah kebun buah2an. Setiap kali
dihidang buahan syurga walaupun serupa tapi rasanya berbeza. Dan ahli syurga disediakan pasangan2 yang
suci dan mereka kekal selamanya. Berak kencing tiada, makanan jadi peluh dan
peluh mengeluarkan wangian.
“Sesungguhnya Allah tidak malu untuk membuat
perbandingan spt nyamuk atau yg lebih kecil…” Salah satu dakwah – perbandingan
atau misal utk memudahkan pemahaman. Nyamuk walaupun kecil dari satu segi tapi
akibatnya sangat besar. Dalam ayat lain dinyatakan makhluk yang disembah mereka
nak cipta nyamuk pun tak mampu. Dalam
ayat lain “berhala yg mereka buat tidak mampu nak cipta lalat. Dalam surah al-ankabut “Perbandingan yg
menyembah berhala spt rumah lebah”.
Orang mukmin mereka terima saja keterangan Allah. Orang kafir mereka berkata apakah maksud
Tuhan dengan perbandingan ini?. Dengan
sebab perbandingan ini ramai yang sesat dan ramai juga yang mendapat petunjuk.
Tiada yang disesatkan melainkan yg fasik (keluar dari ketaatan). Maksud fasik
di sini ialah kafir.
“Iaitu yang melanggar perjanjian dengan Allah”
kerana mereka dahulu telah disebut akan kedatangan Rasul saw. Sebutan Rasul dlm Taurat ialah Muhammad,
dalam Injil Ahmad. “mereka itu memutus silaturrahim, mereka melakukan kerosakan
(menceroboh, kufur) di bumi. Mereka itulah orang yang rugi”.
(2-6-1999)
Ayat 28
“Bagaimana kamu boleh menjadi kufur sedangkan
dahulunya kamu mati (tidak ada), kemudian Aku hidupkan? (kalimah
turji’un/yarji’un, walapun manusia tak nak tetap akan dikembalikan – dipaksa)
Ayat 29
Ayat berhubung aqidah, 2 perkara: semua yang
kamu lihat dicipta Allah. Usul fiqh – asalnya semua harus, kemudian datang
hukum haram. Yang haram itu sedikit jika
dibandingkan dengan yang halal. Bahaya lebih banyak dari baik maka itu
haram. “Tuhan jadikan segala yang di
bumi utk kamu semua”. Walaupun sebagai contoh gajah tak boleh dimakan tapi boleh
digunakan sebagai kenderaan.
-
boleh
dimakan
-
boleh
dinikmati secara lain
Kemudian Dia tumpu nak cipta langit
(bukan pergi cipta langit seperti ditafsir oleh setengah orang). Ayat mutasabbihat tak boleh diterjemah secara
langsung. Ulamak dulu tak nak terjemah.
Contoh lain ialah tangan Allah dimaksudkan ulamak kemudian sebagai kuasa Allah.
Maka disempurnakan 7 langit (7 lapis). Dalam surah lain disebutkan bumi dicipta
dahulu kemudian langit. Dijadikan bumi 2
masa, langit 2 masa dan yang diantaranya 2 masa. Jumlahnya 6 masa. Di sini diterjemahkan masa bukan hari sebab 2
hari sebelum adanya dunia tidak sama dengan 2 hari sekarang. Yahudi mengatakan Allah menciptakan
kesemuanya dalam seminggu 7 hari dan 1 hari Allah rehat iaitu hari sabtu.
Ayat 30
Ingatlah ketika Tuhan mu berfirman kepada
para malaikat. Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di atas muka
bumi ini.
Makna khalifah di sini ialah pengganti iaitu
melaksanakan tugas-tugas Allah.
Khalifah mempunyai 2 maksud iaitu khusus dan umum.
Yang khusus seperti Nabi atau Rasul-Rasul sahaja dan pemimpin umat Islam. Yang umum ialah semua anak cucu Adam,
masing-masing ada tugas.
Malaikat berkat kepada Tuhan. Adakah Engkau
hendaka jadikan khalifah di muka bumi ini orang yang akan merusakkan bumi atau
yang menumpahkan darah (Tanya Malaikat bukan pertanyaan membantah tapi
pertanyaan ingin tahu)
Tuhan menjawab “Dia lebih tahu apa yang
malaikat tidak tahu.
Ayat 31 hingga 33
Tuhan memberi ilmu kepada Adam (mengetahui
segala nama dan maksud) untuk mentadbir bumi.
Manusia, jin dan syaitan ada nafsu dan kahwin –jantan betina tidak
seperti malaikat. Malaikat diajar sedikit ilmu sahaja.
Syarat untuk menjadi khalifah mestilah
mempunyai ilmu. Mula-mula al-qur’an
diturun pun disuruh belajar – iqra’ bismirabbik iaitu Baca dengan nama Allah.
Mengajar kita supaya menuntut ilmu. Ayat ini juga menyatakan kepentingan
ilmu. Setelah Allah ajar pada Adam, Adam
boleh menyebut nama-nama yang diajarkan tetapi tidak malaikat. Kemudian Allah mengatakan “Bukan kah Aku dah
kata bahawa Aku tahu segala yang dilangit dan di bumi, bukan saja yg lahir atau
yg disembunyikan atau tersembunyi”. Hasad dengki, jangan simpan sebab Tuhan
tahu.
Ayat 34
Perintah sujud setelah Adam dicpitakan.
Perintah sujud juga ditujukan kpd Iblis (dlm surah al-Kahfi dll surah). Ada pendapat mengatakan iblis juga asalnya
dari malaikat tetapi tidak benar. Sebenarnya iblis dari jin.
-malaikat dari Nur
-jin/iblis dari api
-manusia dari saripati tanah
Jin jadi kafir kerana takabbur. Makna iblis dari
segi bahasa ialah dilontarkan, iaitu tiada rahmat Allah. Manusia jadi kufur
sebab takabbur, sombong dan hasad. Mereka yg tak terima Muhammad saw kerana
dengki. Yahudi dengki dengan Arab. Contohnya cerita Nabi dari bangsa Arab spt
nabi Noh tidak diceritakan oleh kitab mereka. Al-qur’an banyak mengingatkan
kita supaya tidak berhasad dengki kerana ia memakan kebajikan. Tak suka orang
lain mencapai kebaikan, akan hilang hak kita berpindah kpd orang yang
didengki. Betapa ruginya orang yg
berdengki.
Ayat 35
Selepas Adam diciptaNya pula Hawa. Adam dari saripati tanah. Dicpta Hawa tanpa
Ibu tapi dari Adam (tulang rusuk Adam).
Ada bapak tak ada Mak. Keadaan
biasanya ada Ibu dan bapak. Tuhan juga
mencipta Isa dari Ibu tanpa bapak.
“Wahai Adam, kamu dan isteri tinggal di syurga”
(banyak ulamak mengatakan syurga sebenar –ada juga yg mengatakan syurga di
bumi). “Makanlah sepuas-puasnya ikut
suka kamu kecuali jangan menghampiri pokok ini nanti kamu menjadi zalim”
(menzalimi diri sendiri). Ada yg mengatakan nama pokok tersebut ialah pokok
Khuldi, tapi ini dikatakan dari unsur Israeliat.
Ayat 36
Setelah itu (entah berapa lama), syaitan
mengoda mereka berdua sehingga keluar mereka dari syurga. Syaitan menggoda sehingga Adam terlupa. Desakan isteri dikatakan rekaan cerita
Yahudi. Hasutan syaitan antaranya – hal
adullukum…. Mahu ku tunjukkan pokok yg mengekalkan kamu. Tuhan larang kamu
supaya kamu tak jadi malaikat. Banyak
ayat di tempat lain menceritakan perkara ini.
Selepas beberapa ketika maka Adam makan.
Sebagian cerita Israeliat – Adam makan selepas tengok Hawa. Ini menjadi
denda kpd perempuan spt haid, sakit mengandung.
“keluarlah (turunlah) kamu dari syurga dan
sebagian kamu menjadi musuh”. Selesailah satu ujian Tuhan. Perkataan Adam
dilontarkan tak kena.
(9-6-1999) – tak hadir
Surayya kemalangan terlanggar nak Dr Mohd Harun hantar pergi klinik Dr Burhan
Kajang, salin nota kawan tak rekod
Permusuhan – Iblis sombong bila disuruh
hurmati Adam. Cerita al-qur’an
mengandungi pengajaran dan susunannya tidak bertertib seperti buku cerita –
sesuatu kisah tidak pada satu tempat tapi banyak tempat. Hanya cerita Nabi Yusuf dalam surah Yusuf
mungkin lengkap. Cerita Iblis menipu
Adam hingga makan buah yang dilarang dalam surah al-a’raf Iblis mencampakkan
was-was.
Ayat 35
Dan kami berfirman: "Wahai Adam! Tinggallah engkau
dan isterimu dalam syurga, dan makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa
sahaja kamu berdua sukai, dan janganlah kamu hampiri pokok ini; (jika kamu
menghampirinya) maka akan menjadilah kamu dari golongan orang yang zalim".
Unsur israeliat – iblis masuk melalui ular
syurga, masuk perut ular – dalam syurga baru keluar.
Di syurga ujian pertama
Di dunia – hadapi ujian demi ujian antara iblis
dan manusia ada permusuhan. Di syurga
Adam dibekal dengan bekalan syurga. Manusia perlu bekerja spt bertani,
dsb. Manusia laku kesalahan – cuai,
lalai, malas
Ayat 36
Setelah itu maka Syaitan menggelincirkan
mereka berdua dari syurga itu dan menyebabkan mereka dikeluarkan dari nikmat
yang mereka telah berada di dalamnya; dan Kami berfirman: 'Turunlah kamu!*
Sebahagian dari kamu menjadi musuh kepada sebahagian yang lain; dan bagi kamu
semua disediakan tempat kediaman di bumi, serta mendapat kesenangan hingga ke
suatu masa (mati)".
*
"Kamu"
di sini, maksudnya : Adam, isterinya - Hawa dan Syaitan.
Ayat 37
Kemudian Nabi Adam menerima dari Tuhannya beberapa
kalimah (kata-kata pengakuan taubat yang diamalkannya)*, lalu Allah menerima
taubatnya; sesungguhnya Allah, Dialah yang Maha Pengampun (penerima taubat), lagi Maha Mengasihani.
*
Kalimah-kalimah
pengakuan taubat yang telah diilhamkan oleh Allah Ta'ala kepada Nabi Adam (dan
isterinya - Hawa) itu ialah yang tersebut di dalam ayat 23, surah Al-A'raaf,
Ertinya : "Ya Tuhan kami! Kami telah menganiaya diri kami sendiri; oleh
itu, jika Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami,
nescaya menjadilah kami dari orang yang rugi".
Lalu Allah
menerima taubatnya (dan taubat isterinya - Hawa) kerana Allah Maha Pengampun,
lagi Maha Mengasihani.
Sayugia disebut, seseorang Nabi Allah itu
adalah "ma'sum" yakni terpelihara daripada melakukan dosa.
Bagi menjawab kemusykilan tentang kesalahan Nabi Adam yang tersebut,
alim ulama ahli tafsir berkata, kejadian itu berlaku sebelum Adam menjadi Nabi,
atau perkara itu dilakukan kerana terlupa dan tidak sengaja.
Ayat 38
Kami berfirman lagi:
"Turunlah kamu semuanya dari syurga itu! Kemudian jika datang
kepada kamu rasul dan kitab-kitab yang diturunkan kepada mereka. Maka sesiapa
yang mengikuti pertunjuk-Ku itu (nescaya
tidak ada kebimbangan dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka
pula tidak akan berdukacita".
Ceritakan balik – keluar kamu semua. Jika
datang kpd kamu dariKu petunjuk (Rasul & Nabi) tiada akan takut apa yang
akan berlaku di masa hadapan. Tiada duka
tinggal apa yang di dunia.
Ayat 39
Dan orang kafir yang mendustakan ayat-ayat keterangan
Kami, mereka itu ialah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.
Ayat 40
Wahai Bani Israil!* Kenangkanlah kamu akan segala nikmat
yang telah Kuberikan kepada kamu, dan sempurnakanlah perjanjian (kamu)
dengan-Ku, supaya Aku sempurnakan perjanjian-Ku dengan kamu; dan kepada Akulah
sahaja kamu merasa gerun takut, (bukan kepada sesuatu yang lain).
*
"Isra'il" ialah gelaran Nabi Yakqub (a.s.), dan (Bani Isra'il)
itu pula adalah kata-kata yang dipakaikan kepada keturunan Nabi Yakqub yang
kemudiannya terkenal dengan bangsa Yahudi dan bahasa mereka ialah
"Ibrani" (Hebrew). Dalam surah Al-Baqarah dan surah-surah yang lain,
kerapkali disebutkan perihal kaum "Bani Israil" ini. Sebabnya
merekalah kaum yang beragama dengan berdasarkan Kitab yang diturunkan oleh
Allah dan merekalah golongan yang mula-mula menentang Islam di Madinah. Kerana
itulah seruan Islam ditujukan kepada mereka berulang-ulang kali, kalau-kalau
mereka mendapat pertunjuk memeluk Islam dan memberi kesan yang besar kepada
lain-lain kaum.
Oleh kerana mereka menolak pertunjuk Allah yang terkandung di dalam
kitab suci Al-Qur'an dan tidak beriman pula kepada Nabi Muhammad (s.a.w.) maka
tinggallah mereka di dalam kekufurannya.
Cerita bani Israel
Ingat cerita datuk, nenek yang baik-baik kerana
terima banyak nikmat dari Tuhan. Yahudi
atau bani Israel anak cucu Nabi Yaakub.
Wahai bani Israel, kenangilah nikmat yang telah
diberi pada kamu (datuk nenek) – sempurna janji mu pada ku _ prinsip
kaunseling).
Ayat 41
Dan berimanlah kamu dengan apa yang Aku turunkan
(Al-Qur'an) yang mengesahkan benarnya Kitab yang ada pada kamu, dan janganlah
kamu menjadi orang yang mula-mula kafir (ingkar) akan dia; dan janganlah pula
kamu menjadikan ayat-ayatKu (sebagai harga untuk) membeli kelebihan-kelebihan
yang sedikit faedahnya; dan kepada Akulah sahaja hendaklah kamu bertakwa.
Beriman dengan apa yang diturun Allah. Jangan
jadi kafir dengan al-qur’an
Nisbah dengan orang Yahudi yang pertama di
temui
Jangan kamu menukar ayat Allah dengan harga
yang murah – dgn kepentingan kedunian.
Ayat 42
Dan janganlah kamu campuradukkan yang benar itu dengan
yang salah, dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semua
mengetahuinya.*
*
Dalam ayat suci ini kaum Yahudi Bani Israil dilarang oleh Allah Ta'ala
supaya jangan menyembunyikan kebenaran mengenai Nabi Muhammad (s.a.w.) sedang
mereka mengetahuinya sebagaimana yang tersebut di dalam kitab Taurat yang ada
di tangan mereka.
Tutup (lindungi) kebenaran dengan bathil
atau campur aduk – kpd ulamak terutamanya jangan sembunyi yang benar – agar
tidak masuk Islam. Orang Yahudi dikalangan ulamak yang mengetahui
Ayat 43
Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan rukuklah kamu semua (berjamaah)
bersama-sama orang yang rukuk.
Islam lengkap dari agama semua – solat – ibadat
dari syariat dahulu.
Masuk Islam betul aqidah
Ayat 44
Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan
sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca Kitab
Allah, tidakkah kamu berakal?*
*
Ayat ini
sekalipun ditujukan kepada orang Yahudi dan pendita-penditanya, tetapi ia
adalah menjadi pengajaran kepada tiap-tiap orang Islam supaya jangan ia hanya
pandai menyuruh manusia berbuat baik sedang dirinya sendiri bergelumang dengan
maksiat.
Menegur ahli kitab – tahu kebenaran Islam –
menasihati orang lain – mereka tidak melakukannya. Lupa tentang dirimu sedang
kamu baca kitab
Ayat 45
Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan
sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat
kecuali kepada orang yang khusyuk;
Perintah umum kpd umat Islam, sabar dan solat.
Nabi bila ada masaalah solat. Pengertian hakikat & tempat, sabar.
Ayat46
(Iaitu) mereka yang percaya dengan yakin bahawa mereka
akan menemui Tuhan mereka, dan bahawa mereka akan kembali kepada-Nya.