Wednesday, April 2, 2008

Tafsir surah Taha

Malam ini Dr. Ismail membacakan tafsir Ibnu Kathir surah Taha ayat 22 hingga 52. Boleh semak di laman http://quran.al-islam.com/ untuk teks asal dan terjemahan. Ianya berkisar tentang kisah yang biasa kita dengar iaitu kisah Nabi Musa as dengan Firaun.
Antara isi kandungan ringkas tafsir ialah;
  • Semasa kecil Nabi Musa telah dibela sendiri oleh Firaun
  • Beliau lari ke Madyan setelah membunuh dengan tidak sengaja seorang Qibti yang bergaduh dengan puaknya seorang Israel. Dengan tumbukannya ditakdirkan Qibti mati. Dalam keadaan biasa tumbukan tidak mematikan. Allah selamatkan beliau dari kesalahan ini
  • Di Madyan beliau tinggal bekerja membela kambing selama 10 tahun dengan Nabi Suaib as dan berkahwin dengan anak Nabi Suaib as.
  • Setelah itu beliau kembali ke Mesir untuk bertemu Firaun atas arahan Allah. Beliau dilantik menjadi rasul dengan dibantu oleh saudaranya Nabi Harun as.
  • Nabi Musa as banyak mempunyai mukjizat antaranya tangannya mengeluarkan cahaya, tongkat bertukar menjadi ular besar yang menggerunkan Firaun.
  • Doa-doa Nabi Musa boleh kita amalkan "Wahai Tuhanku lapangkanlah dadaku dan permudahkan segala urusanku dan lepaskan kekakuan dari lidahku supaya mereka faham perkataanku"
  • Dalam terjemahan di atas disebutkan peti yang mengandungi bayi Nabi Musa dihanyutkan ke laut. Laut yang dimaksudkan ialah Sungai Nil. Sg Nil terkenal besar sehingga ada yang mengatakan laut.
  • Kaedah dakwah Nabi Musa kepada Firaun boleh dicontohi. Firman Allah yg bermaksud "Pergilah kepada Firaun sebab ia telah melampau batas (zalim dan mengaku dirinya Tuhan" Pun begitu Allah suruh "Hendaklah kamu bedua (Musa & Harun) berkata dengan kata-kata yang lembut supaya ia beringat"
  • Mereka khuatir "Sesungguhnya aku khuatir Firaun akan segera menyiksa atau melampaui batas" tapi jawab Allah "Kamu jangan takut kerana Aku bersama kamu, Aku dengar dan Aku lihat"
  • 48] Sesungguhnya telah diwahyukan kepada kami bahawa azab seksa di dunia dan di akhirat ditimpakan kepada orang yang mendustakan ayat-ayat Allah dan berpaling daripadanya.
    [49] (Setelah mereka menyampaikan perintah Allah itu), Firaun berkata: Jika demikian, siapakah Tuhan kamu berdua, hai Musa?
    [50] Nabi Musa menjawab: Tuhan kami ialah yang telah memberikan kepada tiap-tiap sesuatu: Kejadian semulajadinya yang sesuai dengannya (menyempurnakan kejadian makhluknya), kemudian Dia memberi petunjuk kepadanya akan cara menggunakannya.
    [51] Firaun bertanya lagi: Jika demikian, bagaimana pula keadaan kaum-kaum yang telah lalu?
    [52] Nabi Musa menjawab: Pengetahuan mengenainya ada di sisi Tuhanku, tertulis di dalam sebuah Kitab; Tuhanku tidak pernah keliru dan Dia juga tidak pernah lupa.

No comments: