Tuesday, December 23, 2008

Zikir Harian

Bangun dari tidur

Baca 10 ayat terakhir surah al-imran (sumber: guru al-qur'an Ustaz Ahmad Asmadi Hj Sakat, pensyarah Jabatan Al-Qur'an dan Sunnah, UKM). Antara maksud ayat 190 dan 191 ialah:
[190] Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal.

[191] (Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab Neraka.

Zikir selepas solat suboh dan Asar: Baca al-ma'suurat karangan Syiekh Hasan al-Bana, iaiatu baca;
1-surah al-fatihah
2-awal, pertengahan dan akhir surah al-baqarah ayat 1-7, 255-257 dan 284-286.
255] Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya).

3-surah al-ikhlas, al-falaq dan an-nas
Antara maksud surah al-ikhlas ialah;
[1] Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa.

[2] Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat.

[3] Dia tiada beranak dan Dia pula tidak diperanakkan

[4] Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya

Kemudian berdoa pagi dan petang.

Zikir-zikir selepas solat termasuklah: istifar (10X), subhnaAllah (21 atau 33X), Alhamdulillah (21 atau 33X) dan Allahuakbar (22 atau 34X), selawat (10X) dan Laailaha illah (40 atau 100X).

Jangan lupa juga baca al-qur'an setiap hari 30 ayat atau lebih mengikut kemampuan dan kelapangan, tetapi biarlah berterusan dan tidak bermusim.

No comments: