"Mari kita sembahyang sebelum kita disembahyangkan". Begitulah tajuk buku karangan Dr. Udah Mohsin seorang pensyarah Jabatan Usuluddin dan Falsafah, Fakulti Pengajian Islam, UKM. Aku mula berkenalan dengan Dr. Udah pada 1999 melalui kelas dan usrah beliau. Antara usrah yang masih kekal aku mengikuti hingga sekarang ialah membaca kitab arab karangan ulamak terdahulu dan sekarang sebagai latihan untuk memahami bahasa Arab penulisan. Kitab arab seperti Syarah Hadis Bukhari oleh Ibnu Hajar, kitab 'Al-Qur'an dan as-Sunnah rujukan tertinggi karangan Dr Yusuf al-Qardhawi dan Kifayatul akhyar karangan Imam Taqiyuddin Abubakar bin Muhammad alHusaini.
InsyaAllah aku akan cuba membaca sehingga habis dan membuat ulasan ringkas.
Pendahuluan - Sembahyang merupakan salah satu rukun Islam yang 5. Berapa ramai orang Islam yang sembahyang 5 waktu? Sembahyang sempurna dalam waktunya? Sembahyang berjamaah? Sembahyang sunat? Hubungan sembahyang dengan Iman? Hubungan sembahyang dengan ibadah lain dan kehidupan dunia dan akhirat? Tulisan beliau akan merujuk kepada nas al-Qur'an dan al-hadis dan pandangan2 ulamak.
Bab 1 - Sembahyang Fardhu dan Sunat
Ayat al-qur'an berkaitan sembahyang ditujukan kepada orang mukmin dan orang beriman - Surah al-Nur 24:56, Ibrahim 14:31, surah al-Haj 22:78. Kewajipan sembahyang fardhu ialah ajaran agama yang mesti diketahui oleh orang mukmin dan mengingkarinya adalah terkeluar dari Islam.
Kewajipan sembahyang juga disebut dalam hadis sahih Bukhari bab Iman dan bab Zakat. Kaedah sembahyang hendaklah seperti Nabi saw sembahyang (sahih Bukhari bab al-Azan). Sembahyang tidak boleh direka sendiri (larangan Nabi saw dalam hadis Bukhari bab al-salah).
Sembahyang fardhu mempunyai waktu yang ditentukan(surah al-nisa' 4:103). Apabila habis waktu, seorang itu berdosa yang tidak dapat digantikan dengan amalan kebaikan lain. Sebaik sembahyang juga di awal waktu (Sunan Abu Daud, as-salah). Melengahkan sembahyang ialah sifat munafik (sahih Muslim, al-masajid).
Hukum meninggalkan sembahyang ialah fasik (iaitu melakukan dosa besar) dan ada ulamak menghukumkan kafir.
Orang yang mengerjakan sembahyang mempunyai hubungan yang rapat dengan Allah kerana sembahyang itu mengandungi pujian, istighfar, doa, meminta pertolongan dan pengakuan.
Sembahyang merupakan keseronokan dan kerehatan bagi Nabi saw. Daripada Huzayfah katanya yang bermaksud: "Adalah Nabi saw apabila Baginda menghadapi perkara penting atau kesusahan Baginda sembahyang" (Sunan Abi Daud).
Sembahyang menegah seseorang dari melakukan fahsha' (perkara keji dalam golongan dosa besar spt zina) dan mungkar (semua perkara yang bertentangan syarak) - surah al-ankabut, 29:45. Allah akan memelihara hambaNya yang dikasihi dari melakukan maksiat.
Mengerjakan sembahyang juga untuk mengingati Allah (surah Taha, 20:14).
Sembahyang itu cahaya (sahih Muslim, al-taharah). Cahaya yang menyinari pelakunya.
Sembahyang sunat pula pendinding, penampal kepada kekurangan pada sembahyang fardhu dan wasilah (jalan) untuk lebih taqarrub (rapat) dengan Allah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment