Monday, August 24, 2009

Bab 3 Fasal 3 (sambungan)


Sembahyang mempunyai kaitan dengan perkara-perkara berikut;
Seruan dakwah
Orang yang sembahyang kena juga berdakwah (surah al-Nahl, 16:125). Ulama pewaris para Nabi (sunan Tirmizi), larangan menyembunyikan ilmu (al-baqarah 2:159), sampaikan ilmu walau satu ayat (hadis Bukhari), dll.

Amal maaruf nahi mungkar
Seruan ini disebut dalam al-quran dan hadis antaranya al-imran, 3:104, 110 dan hadis-hadis sahih Muslim. Paling sedikit orang muslim hendaklah membenci kemungkaran.

Sifat amanah
Suruhan bersifat amanah, adil disebut dalam al-qur'an dan hadis: al-Nisa, 4:56, al-baqarah 2:283. Tanda orang munafik ada 3, apabila bercakap ia bohong, berjanji dia mungkir dan bila diamanah dia khianat (hadis Bukhari).

Adil
Surah al-Nahl, 16:90 menyebut tentang adil, ihsan dan menegah perkara keji. Adil walau kepada yang dibenci (al-Maidah, 5:8). Adil terhadap semua anak-anak (sahih Muslim). Adil dalam melaksanakan hudud tak kira orang rapat atau jauh (sahih Muslim).

Menepati janji
Menunai janji adalah dituntut (al_Isra, 17:34). Hiraql (Hercules) sendiri mengakui sifat ini ialah sifat Nabi (Muslim). Memungkiri janji adalah sifat munafik (Muslim).

Menutup aurat
Surah al-Nur ayat 30-31 menyebut jelas tentang aurat.....'Dan hendaklah mereka menutup dengan kain tudung mereka ke atas tempat yang terdedah dari bahagian atas dada mereka'...

Menjauhi zina
Menghampiri zina ialah perkara keji dan jalan paling buruk (al-Isra', 17:32). Janganlah seseorang lelaki itu berdua-duaan dengan seseorang wanita (bukan mahram) kecuali hendaklah disertai dengan mahramnya (sahih Bukhari).
Hukum berzina ialah 100X sebatan (al-Nur 24:2) bagi yang belum kahwin. Bagi yang sudah kahwin hukumnya rejam sampai mati (sahih Bukhari). Zina ialah dosa besar dan termasuk perkara fahsya' yang perlu dijauhi bagi orang yang sembahyang.

Larangan mengenai dadah
Kita dilarang mencampakkkan diri dalam kebinasaan (al-Baqarah, 2:195). Dadah dan yang serupa dengannya hendaklah dijauhi kerana ia membahayakan diri. Larangan membunuh diri pula disebut dalam surah al-Nisa', 4:29. Mengambil dadah/ganja boleh membuat maut dan termasuk dalam sengaja membunuh diri. Setaip yang mudarat dilarang oleh syarak (sunan Ibnu Majah).

Larangan minum arak
Larangan ini disebut dalam surah al-Maidah, 5:90-91. Orang yang minum arak akan dimasukkan dalam api neraka (sahih Muslim). Allah tidak menerima sembahyang peminum arak selama 40 subuh kecuali jika ia bertaubat. Allah tidak menerima taubatnya lagi selepas kali ke 4 (sunan Tirmizi). Peminum arak hendaklah disebat dan jika masih mengulangi kali ke 4 hendaklah dibunuh (sunan Abi Daud).

1 comment:

Anonymous said...

Bunga ros di atas menunjukkan lingkaran. Manakah arah pusingannya ikut jam atau lawan jam.