Tuesday, September 29, 2009

Larangan Rasuah

Antara ciri-ciri orang munafik ialah memakan harta haram dan suka mendengar berita dusta seperti yang dapat difahami dari ayat 42 surah al-Maidah. Ayat 62 dan 63 surah yang sama juga menghuraikan tentang makan harta haram. Larangan rasuah secara khusus disebut dalam surah al-Baqarah ayat 188.

Rasulullah saw melaknat orang yang melakukan rasuah dan yang menerimanya (sunan Abi Daud). Nabi saw menegah pegawai yang mengutip zakat menerima hadiah iaitu rasuah (Hadis Bukhari). Para pegawai yang telah diberi gaji dilarang mengambil hadiah dari orang yang ada kaitan dengannya (sunan Abi Daud).

Wednesday, September 16, 2009

Menjauhi Riba, hiburan melampau

Larangan makan riba disebut dalam al-qur'an - al-baqarah 2:275, 2:276, 2:278, al-nisa 4:161. Begitu juga disebut dalam hadis Nabi saw;

......dan Baginda menegah dari tukang tatu dan yang ditatukan, dari makan riba dan mewakilkannya dan......(bukhari, al-buyu').
Nyanyian yang membangkitkan nafsu syahwat, filem-filem lucah, pertunjukkan pentas yang mendedahkan aurat dan sepertinya hendaklah dijauhi. Antara nas yang berkaitan ialah al-nisa 4:148. Wanita yang berpakaian tetapi kelihatan seperti telanjang iaitu tidak menutup aurat tidak akan mencium bau syurga (hadis muslim). Menghebohkan maksiat yang dilakukan (yakni berbangga dengan maksiat yang dilakukan) juga tidak dapat dimaafkan (bukhari, adab). Kita juga dilarang menjadi pengikut dalam perkara maksiat (sahih muslim, zakat).

Tuesday, September 8, 2009

Hubungan sembahyang dengan larangan berlaku zalim dan menipu


Antara nas2 larangan melakukan kezaliman dan pembohongan masing2 ialah surah al-Maidah, 5:51 dan al-Ahzab, 33:58. Zalim bermaksud juag meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya. Manakala dalam hadis Bukhari melarang melakukan kezaliman kepada saudara Islam. Sesiapa yang melepaskan kesusahan seorang Muslim, Allah akan lepaskan kesusahan baginya di akhirat. Zalim menzalimi dilarang dalam hadis Muslim. Tiada sekatan bagi doa orang yang dizalimi (hadis Bukhari). Orang yang cuba menipu tentang makanan yang basah dimarahi Nabi saw (hadis Muslim). Sedekah dari penipuan tidak diterima (sahih Muslim). Perbuatan khianat juga termasuk dalam penipuan (sunan Tirmizi).

Wednesday, September 2, 2009

Hubungan sembahyang dengan larangan mencuri dan membunuh

Terdapat banyak nas2 yang melarang mencuri. Surah al-Maidah, 5:38 dengan jelas tentang larangan mencuri, bahkan hukumannya ialah potong tangan. Dalam sunan Daraqatni menceritakan Nabi saw pernah menjatuhkan hukuman potong tangan ke atas seorang lelaki bagi kesalahan pertama, potong kaki bagi kesalahan ke 2, potong tangan lagi bagi kesalahan ke 3, potong kaki lagi bagi kesalahan ke 4 dan akhirnya dihukum bunuh.
Semua ini menunjukkan betapa buruknya mencuri pada pandangan Islam. Dalam hadis Bukhari pula larangan mencuri termasuklah dalam syarat baiah kepada Nabi saw.

Surah al-An'am, 6:151 menyebut tentang larangan membunuh anak kerana takut papa, larangan membunuh jiwa tanpa hak. Surah al-Nisa', 4:93 menyebut balasan membunuh ialah neraka jahanam. Dalam hadis Bukhari pula disebut membunuh termasuk dalam dosa besar. Hadis Bukhari yang lain pula menyebut hukuman hudud membunuh ialah balas bunuh. Hadis ini selaras juga dengan firman Allah dalam surah al-Maidah, 5:45.

Orang yang sembahyang dilarang melakukan perkara di atas kerana ia termasuk perbuatan mungkar dan berdosa besar.