Tuesday, September 29, 2009

Larangan Rasuah

Antara ciri-ciri orang munafik ialah memakan harta haram dan suka mendengar berita dusta seperti yang dapat difahami dari ayat 42 surah al-Maidah. Ayat 62 dan 63 surah yang sama juga menghuraikan tentang makan harta haram. Larangan rasuah secara khusus disebut dalam surah al-Baqarah ayat 188.

Rasulullah saw melaknat orang yang melakukan rasuah dan yang menerimanya (sunan Abi Daud). Nabi saw menegah pegawai yang mengutip zakat menerima hadiah iaitu rasuah (Hadis Bukhari). Para pegawai yang telah diberi gaji dilarang mengambil hadiah dari orang yang ada kaitan dengannya (sunan Abi Daud).

2 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum encik...sy solihin dan baru berkecimpung dalam hobi berbasikal ni...jd sy nak tahu name alat yang boleh di gunakan untuk berbasikal didalam bilik....yang macam mesin lari tu.....leh encik bagi sebarang info tak... sol_gambut@yahoo.com

pauzi said...

Waalaikum mussalam,
boleh beli kat kedai alatan sukan. ada orang panggil 'trainer'. tapi bila gi kedai tu nanti boleh nampak yang ada pengayuh tu.