Gambar semasa kanak-kanak
Tuesday, July 18, 2017
Sejarah kematian Tok Kar
Setelah sekian lama menyimpan, maka ingin aku abadikan dalam blog ini untuk tatapan anak dan cucu sekelian.
Tok Kar atau nama penuhnya Abu Bakar merupakan tok aku yang telah meninggal semasa perang Tok Janggut di Pasir Puteh Kelantan pada tahun 1915.
Berikut ialah surat laporan kematian beliau yang telah dikutip oleh Arwah sepupuku Nik Anuar.
Tok Kar atau nama penuhnya Abu Bakar merupakan tok aku yang telah meninggal semasa perang Tok Janggut di Pasir Puteh Kelantan pada tahun 1915.
Berikut ialah surat laporan kematian beliau yang telah dikutip oleh Arwah sepupuku Nik Anuar.
Ini tulisan jawi dengan bahasa melayu lama yang lebih kurang beginilah maksudnya.
"Sedang tuan
yang terbit dari hati yang hening lagi jernih iaitu daripada beta tuan
deled Inggeris kepada kerajaan
kelantan apalah jua kiranya barang disampaikan oleh tuhan seru sekelian alam
kehadapan memuji sahabat beta sultan
Muhammad yang ke 4 KC MG yang dipertuan negeri Kelantan kerana dengan segala
ta’aluk rantau jajahan yang ada bersama pada pagi ini di atas tempat kerajaan
didalam Bandar kota baharu dengan beberapa kemulian dan sejahteranya.
Walhal maka adalah beta ber kepada seri paduka beta
pada malam semalam lebih kurang pukul 3 dinihari telah datang rakyat rakyat
yang menderhaka ke pasir putih dan telah mencuba hendak melangk dengan meme
senapang tetapi pada pagi itu beta serta dengan yang berhurmat tuan
Maxwell dan lain2 tuan bersama dengan askar 2 sikh telah menunduk mereka itu .
Apabila sampai ke kampung merbol beta telah dapati ada orang
berhimpun di dalam sebuah rumah yang dipunyai oleh khatib abu bakar dan askar
sikh telah mencuba hendak menangkap tetapi tuan rumah itu telah menetak kepada
seorang askar itu dengan parang dan askar itu telah membalas tikam dengan
lembing yang dihujung senapang dan abu bakar itu pun mati. Disitu juga kemudian
beta serta sekelian berjalan pula menuju ke kampong pupuh apabila sampai sahaja
di tepi baruh kampong merbol itu orang-orang derhaka itupun telah memulai
menyerang beta serta sekalian askar2 sikh dengan menembak dari di dalam kampung
pupuh itu. Askar2 itu telah membalas
tembak di dalam sedikit pagi sahaja orang2 derhaka itu telah undur dan lari.
Beta kemudian pun
masuklah di dalam kampung pupuh itu dan beta dapati tok janggut itu telah mati
tertembak oleh sebutir peluru sahaja dan 2 orang penjahat tetapi tidak ada
orang yang boleh mengenal tubuh2 itu dan seorang lelaki bernama deraman bin mat
derah kampung telosan telah beroleh luka parah dan juga seoarng lelaki telah
beroleh luka parah tetapi pada fikiran beta telah dilarikan oleh seorang kawan
beta dapati ada banyak darah sepanjang2 jalan kemudian daripada itu beta serta
sekalian telah menurut orang2 derhaka ke tempat 2 yang lain tetapi tidak
bertemu dan pada fikiran beta orang derhaka itu telah berpecah2 dan lari
meneuju hala ke kampung kemunir? Dan beta
menurut lagi pada mereka2 itu apabila beta dapat perkhabaran kedudukan mereka
itu.
Syahadan lagi
beta yang beta telah membakar rumah
pak nik abas oleh kerana halaman rumah itu telah itu tebunuh
Bersama2 ini
risalah ini beta hantarkan tubuh tok janggut ini kepada seri paduka pejabat
beta supaya boleh dimasyhurkan kematian tok janggut itu di dalam bandar kota
baharu.
Pada pagi menulis
beta dan yang berhurmat tuan maxwell ada di dalam sehat dan afiat diharapkan
seri paduka sahabat beta terlebih lagi tiada
hanyalah diberikan dengan tabik dan hurmat jua daripada beta dan yang
berhurmat tuan maxwell serta seri paduka sahabat beta 1915."
Subscribe to:
Posts (Atom)