Tuesday, July 18, 2017

Sejarah kematian Tok Kar

Setelah sekian lama menyimpan, maka ingin aku abadikan dalam blog ini untuk tatapan anak dan cucu sekelian.
Tok Kar atau nama penuhnya Abu Bakar merupakan tok aku yang telah meninggal semasa perang Tok Janggut di Pasir Puteh Kelantan pada tahun 1915.
Berikut ialah surat laporan kematian beliau yang telah dikutip oleh Arwah sepupuku Nik Anuar.
Ini tulisan jawi dengan bahasa melayu lama yang lebih kurang beginilah maksudnya.

"Sedang tuan           yang terbit dari hati yang hening lagi jernih iaitu daripada beta tuan deled      Inggeris kepada kerajaan kelantan apalah jua kiranya barang disampaikan oleh tuhan seru sekelian alam kehadapan memuji    sahabat beta sultan Muhammad yang ke 4 KC MG yang dipertuan negeri Kelantan kerana dengan segala ta’aluk rantau jajahan yang ada bersama pada pagi ini di atas tempat kerajaan didalam Bandar kota baharu dengan beberapa kemulian dan sejahteranya.

Walhal maka adalah beta ber    kepada seri paduka    beta pada malam semalam lebih kurang pukul 3 dinihari telah datang rakyat rakyat yang menderhaka ke pasir putih dan telah mencuba hendak melangk  dengan meme   senapang tetapi pada pagi itu beta serta dengan yang berhurmat tuan Maxwell dan lain2 tuan bersama dengan askar 2 sikh telah menunduk mereka itu .

Apabila sampai ke kampung merbol beta telah dapati ada orang berhimpun di dalam sebuah rumah yang dipunyai oleh khatib abu bakar dan askar sikh telah mencuba hendak menangkap tetapi tuan rumah itu telah menetak kepada seorang askar itu dengan parang dan askar itu telah membalas tikam dengan lembing yang dihujung senapang dan abu bakar itu pun mati. Disitu juga kemudian beta serta sekelian berjalan pula menuju ke kampong pupuh apabila sampai sahaja di tepi baruh kampong merbol itu orang-orang derhaka itupun telah memulai menyerang beta serta sekalian askar2 sikh dengan menembak dari di dalam kampung pupuh itu. Askar2 itu telah membalas tembak di dalam sedikit pagi sahaja orang2 derhaka itu telah undur dan lari.

Beta kemudian pun masuklah di dalam kampung pupuh itu dan beta dapati tok janggut itu telah mati tertembak oleh sebutir peluru sahaja dan 2 orang penjahat tetapi tidak ada orang yang boleh mengenal tubuh2 itu dan seorang lelaki bernama deraman bin mat derah kampung telosan telah beroleh luka parah dan juga seoarng lelaki telah beroleh luka parah tetapi pada fikiran beta telah dilarikan oleh seorang kawan beta dapati ada banyak darah sepanjang2 jalan kemudian daripada itu beta serta sekalian telah menurut orang2 derhaka ke tempat 2 yang lain tetapi tidak bertemu dan pada fikiran beta orang derhaka itu telah berpecah2 dan lari meneuju hala ke kampung kemunir? Dan beta     menurut lagi pada mereka2 itu apabila beta dapat perkhabaran kedudukan mereka itu.

Syahadan lagi beta       yang beta telah membakar rumah pak nik abas oleh kerana halaman rumah itu telah     itu tebunuh

Bersama2 ini risalah ini beta hantarkan tubuh tok janggut ini kepada seri paduka pejabat beta supaya boleh dimasyhurkan kematian tok janggut itu di dalam bandar kota baharu.

Pada pagi menulis beta dan yang berhurmat tuan maxwell ada di dalam sehat dan afiat diharapkan seri paduka sahabat beta terlebih lagi tiada    hanyalah diberikan dengan tabik dan hurmat jua daripada beta dan yang berhurmat tuan maxwell serta seri paduka sahabat beta   1915."




No comments: