Tuesday, December 20, 2016

GAYA HIDUP SIHAT

 Apa itu GAYA HIDUP SIHAT?

 Amalan gaya hidup sihat merupakan satu siri aktiviti atau program yang mesti dilakukan secara konsisten dan berterusan dan amat baik dari sudut kesihatan

 SIHAT Menurut Perspektif AGAMA

Rasulullah bersabda yang bermaksud Sesungguhnya kamu mempunyai tanggungjawab untuk menunaikan hak terhadap tubuh badan kamu.(Hadis Riwayat Bukhari)

Rasulullah bersabda yang bermaksud “Orang mukmin yang kuat lebih baik dan disukai oleh Allah daripada orang mukmin yang lemah.” (Hadis Riwayat Muslim)

Rasulullah bersabda yang bermaksud Mintalah kepada Allah kesihatan dan kesejahteraan kerana sesungguhnya tidak ada perkara yang lebih baik dari kesihatan selepas keyakinan (iman).” (Hadis Riwayat Ibnu Majah)

PEMAKANAN YANG SEIMBANG
  • Makanan halal dan baik (halalan tayyiban)
  • Makanan yang seimbang dalam diet harian dan menjadikannya budaya hidup setiap hari.
  • Makanan yang tidak seimbang akan menyebabkan seseorang itu mudah mendapat penyakit bahaya seperti tekanan darah tinggi, penyakit jantung dan penyakit kencing manis. 
  • Meminum air secukupnya.
  • Ikuti sunnah Nabi saw – sederhana
BERPUASA
Puasa pada bahasa iaitu menahan dan pada istilahnya pula menahan daripada makan, minum dan jimak daripada subuh hingga ke maghrib beserta dengan niat. (Qamus Al-Fiqhi oleh Sa’di Abu Jaib Hal 218).
  • Mengurangkan berat badan
  • Kurangkan gula dalam darah
  • Kurangkan kolestrol LDL (low density lipo-protein)
  • Kurangkan tekanan darah
  • Mendisiplinkan diri untuk berhenti merokok
  • Merehatkan sistem penghadaman
  • Meningkatkan ingatan
  • Mengurangkan penyakit perut
  • Membuang segala toksik

BERSENAM
Aktiviti senaman membolehkan darah mengalir dengan lancar dan jantung dapat berfungsi dengan baik.
Peluh yang keluar ketika bersenam dapat membuang sisa toksik dalam badan seseorang.
Bersenam seperti menari (gaya pengambilan nafas)
Berenang (paru-paru), berbasikal (imbangan badan) dan berlari (tulang)

Berenang

Berbasikal
Berlari


Pemeriksaan & Penjagaan Kesihatan Secara Berkala

Seseorang itu tidak sewajarnya hanya berjumpa doktor setelah mendapat penyakit.
Oleh itu, kita perlu mendapatkan pemeriksaan kesihatan secara berkala untuk mengetahui tahap kesihatan kita agar dapat mengambil tindakan yang sewajarnya jika kita mula diserang penyakit.
Sesungguhnya, tahap kesihatan yang baik membolehkan seseorang itu menjalani kehidupan dengan lebih sempurna dan ceria.
Amalan berbekam.

Menjaga kebersihan rumah dan persekitaran tempat tinggal
Tempat tinggal kita seharusnya bersih dan terhindar daripada hidupan serangga seperti nyamuk, lalat atau lipas.
Persekitaran yang bersih membolehkan kita mendapat udara yang nyaman dan bersih.
Kita boleh menjaga kebersihan tempat tinggal kita dengan membuang sampah sarap yang terdapat di rumah kita ke tempat yang sesuai.
Selain itu, air bertakung yang menjadi tempat nyamuk membiak juga perlu dihapuskan.
Amalan menjaga kebersihan rumah patut diterapkan kepada anak-anak sejak kecil lagi.
Berkebun, mesin rumput, memotong pokok, baiki rumah (bumbung/ tangki, bocor, mengecat)

PANTANG LARANG DEMI SIHAT

Antara perkara-perkara yang boleh menjejaskan kesihatan ialah merokok, mengambil dadah dan minum arak.
Di samping menjejaskan kesihatan, amalan ini juga menyebabkan seseorang membazir wang yang sepatutnya boleh digunakan untuk perkara-perkara yang lebih berfaedah.
Perbuatan menagih dadah juga boleh menyebabkan berlakunya pergaduhan dalam keluarga dan dijangkiti penyakit AIDS. Oleh itu, pihak kerajaan boleh mengadakan kempen untuk menghindarkan rakyat daripada melakukan perkara-perkara yang boleh menjejaskan kesihatan.

CONTOH AKTIVITI SIHAT
u  Tidur awal, bangun awal
u  Istiqamah dalam menjalankan kewajipan sebagai muslim:
u  Solat fardhu 5 waktu
u  Solat sunat rawatib, witir, tahajjud
u  Tiada aktiviti lain kecuali menuntut ilmu selepas isyak
u  Puasa fardhu ramadhan
u  Puasa sunat 3 hari sebulan
u  Zikir harian-astaghfirullah 100x, selawat 100x, Lailaha illah 100x
u  Zikir subhanallah 33x, alhamdulillah 33x, allahu akhbar 34X setiap lepas solat fardhu
u  Baca al-quran

SOLAT SUNAT TAHAJJUD

ALANGKAH BERUNTUNGNYA SESIAPA YANG DAPAT MEDIRIKAN SOLAT TAHAJJUD
Mengenai solat Tahajjud, Allah berfirman:
{ وَمِنَ اللَّيْلِ فَتَهَجَّدْ بِهِ نَافِلَةً لَكَ عَسَى أَنْ يَبْعَثَكَ رَبُّكَ مَقَامًا مَحْمُودًا } [الإسراء: 79]
Bermaksud: Dan dari sebahagian malam hendaklah engkau mendirikan solat tahajjud padanya, sebagai solat tambahan bagimu, semuga Tuhanmu membangkitkan engkau ditempat yang terpuji.

KEADAAN SESEORANG YANG BENAR-BENAR MUKMIN ADALAH AMAT MENGKAGUMKAN
Sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud: Sungguh mengkagumkan keadaan orang Mukmin itu, kerana bahawasanya keadaannya semuanya baik, ini tidak terdapat pada seseorang kecuali pada orang Mukmin sahaja. Jika dia mendapat kegembiraan dia bersyukur, syukur itu adalah baik baginya, dan jika dia ditimpa mudurat dia bersabar, sabar itu adalah baik baginya (Sahih Muslim).
SEGALA KEBAIKAN YANG ENGKAU LAKUKAN, ENGKAU AKAN DIBERI BALASAN YANG LEBIH BAIK
Firman Allah s.w.t yang bermaksud: Apa sahaja kebaikan yang engkau lakukan untuk dirimu maka engkau akan mendapatinya di sisi Allah ia lebih baik dan lebih besar pahalanya. (Muzammil, 20)
Ayat di atas menjelaskan kepada kita, apa jua kebaikan yang kita lakukan maka kita akan mendapatinya ia lebih baik dari yang kita lakukan, dan amat besar pahalanyanya

JANGAN TERTIPU OLEH KEHIDUPAN DUNIA

Firman Allah s.w.t yang bermaksud: Wahai manusia! Bahawasanya janji Allah (membalas segala amalan kamu) adalah benar, oleh itu janganlah sekali-kali kamu ditipu oleh kehidupan dunia, dan janganlah sekali-kali kamu ditipu oleh syaitan dari mentaati Allah s.w.t. (Faatir, 5)
Dalam ayat di atas Allah menjelaskan kepada kita bahawa janji Allah untuk memberi balasan kepada apa yang dilakukan oleh seseorang adalah benar. Baik dibalas dengan baik dan jahat dibalas dengan jahat . Oleh itu janganlah sekali-kali seseorang itu tertipu oleh kehidupan dunia dan jangan sekali-kali syaitan atau sekutunya menipu dia sehingga dia terpesong dan tidak mentaati Allah s.w.t.

LARANGAN MENSIA-SIAKAN MASA
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: Dua nikmat yang ramai manusia tertipu padanya iaitu sihat dan masa lapang (Sahih Bukhari).
Hadith di atas menunjukkan kepada kita bahawa ramai manusia tertipu dengan dua perkara, iaitu sihat dan masa lapang. Yang sewajibnya, sihat yang Allah kurniakan kepada seseorang itu hendaklah digunakan untuk kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, seperti berniaga, bertani, berladang, membuka perindustirian atau lain-lain pekerjaan yang halal, disamping mendirikan solat, memberi bantuan kepada mereka yang memerlukan, mengerjakan ibadah haji, dan lain-lain. Masa lapang pula hendaklah digunakan pada perkara yang mendatangkan faedah, yang memberikan kebaikkan kepadanya di dunia dan di akhirat, bukan disia-siakan tanpa sebarang faedah.

KESIMPULAN
Pepatah arab:
ﺍﻟﻌَﻘْﻞُ ﺍﻟﺴَّﻠِﻴْﻢُ ﻓﻲِ ﺍﻟﺠِﺴِْﻢ ﺍﻟﺴَّﻠِﻴْﻢِ
Akal yang sihat itu ada pada badan yang sihat
Kita harus mempersiapkan diri dengan tubuh badan yang sihat supaya kita sentiasa bersedia menghadapi hari-hari mendatang:
Dapat menambahkan produktiviti
Tenang dalam segala perkara
Boleh membuat keputusan dengan lebih rasional

RUJUKAN
Kementerian Kesihatan Malaysia  http://mynutri.moh.gov.my/
Ustaz Dr Udah Mohsin facebook

1 comment:

Kak Lin Ezyklik said...

terima kasih atas perkongsian. mohon share