Apa
itu GAYA HIDUP SIHAT?
Amalan gaya hidup sihat merupakan satu siri aktiviti
atau program yang mesti dilakukan secara konsisten dan berterusan dan amat baik
dari sudut kesihatan
SIHAT
Menurut Perspektif AGAMA
Rasulullah
ﷺ
bersabda yang bermaksud “Sesungguhnya kamu mempunyai tanggungjawab untuk menunaikan
hak terhadap tubuh badan kamu.” (Hadis Riwayat Bukhari)
Rasulullah
ﷺ
bersabda yang bermaksud “Orang mukmin yang kuat lebih baik dan disukai
oleh Allah daripada orang mukmin yang lemah.” (Hadis Riwayat Muslim)
Rasulullah
ﷺ
bersabda yang bermaksud “Mintalah kepada Allah kesihatan dan
kesejahteraan kerana sesungguhnya tidak ada perkara yang lebih baik dari
kesihatan selepas keyakinan (iman).” (Hadis Riwayat Ibnu Majah)
PEMAKANAN YANG
SEIMBANG
- Makanan halal dan baik (halalan tayyiban)
- Makanan yang seimbang dalam diet harian dan menjadikannya budaya hidup setiap hari.
- Makanan yang tidak seimbang akan menyebabkan seseorang itu mudah mendapat penyakit bahaya seperti tekanan darah tinggi, penyakit jantung dan penyakit kencing manis.
- Meminum air secukupnya.
- Ikuti sunnah Nabi saw – sederhana
Puasa pada bahasa iaitu
menahan dan pada istilahnya pula menahan daripada makan, minum dan jimak
daripada subuh hingga ke maghrib beserta dengan niat. (Qamus Al-Fiqhi oleh
Sa’di Abu Jaib Hal 218).
- Mengurangkan
berat badan
- Kurangkan gula
dalam darah
- Kurangkan
kolestrol LDL (low density lipo-protein)
- Kurangkan
tekanan darah
- Mendisiplinkan
diri untuk berhenti merokok
- Merehatkan
sistem penghadaman
- Meningkatkan
ingatan
- Mengurangkan penyakit perut
- Membuang segala toksik
BERSENAM
Aktiviti senaman
membolehkan darah mengalir dengan lancar dan jantung dapat berfungsi dengan
baik.
Peluh yang keluar
ketika bersenam dapat membuang sisa toksik dalam badan seseorang.
Bersenam seperti
menari (gaya pengambilan nafas)
Berenang (paru-paru),
berbasikal (imbangan badan) dan berlari (tulang)
Berenang
Berenang
Berbasikal
Pemeriksaan & Penjagaan Kesihatan Secara Berkala
Seseorang itu tidak
sewajarnya hanya berjumpa doktor setelah mendapat penyakit.
Oleh itu, kita perlu
mendapatkan pemeriksaan kesihatan secara berkala untuk mengetahui tahap
kesihatan kita agar dapat mengambil tindakan yang sewajarnya jika kita mula
diserang penyakit.
Sesungguhnya, tahap
kesihatan yang baik membolehkan seseorang itu menjalani kehidupan dengan lebih
sempurna dan ceria.
Amalan berbekam.
Menjaga kebersihan rumah
dan persekitaran tempat tinggal
Tempat tinggal kita
seharusnya bersih dan terhindar daripada hidupan serangga seperti nyamuk, lalat
atau lipas.
Persekitaran yang
bersih membolehkan kita mendapat udara yang nyaman dan bersih.
Kita boleh menjaga
kebersihan tempat tinggal kita dengan membuang sampah sarap yang terdapat di
rumah kita ke tempat yang sesuai.
Selain itu, air
bertakung yang menjadi tempat nyamuk membiak juga perlu dihapuskan.
Amalan menjaga
kebersihan rumah patut diterapkan kepada anak-anak sejak kecil lagi.
Berkebun, mesin
rumput, memotong pokok, baiki rumah (bumbung/ tangki, bocor, mengecat)
PANTANG LARANG DEMI
SIHAT
Antara perkara-perkara yang boleh menjejaskan kesihatan ialah merokok, mengambil dadah dan minum arak.
Di samping
menjejaskan kesihatan, amalan ini juga menyebabkan seseorang membazir wang yang
sepatutnya boleh digunakan untuk perkara-perkara yang lebih berfaedah.
Perbuatan menagih
dadah juga boleh menyebabkan berlakunya pergaduhan dalam keluarga dan
dijangkiti penyakit AIDS. Oleh itu, pihak kerajaan boleh mengadakan kempen
untuk menghindarkan rakyat daripada melakukan perkara-perkara yang boleh
menjejaskan kesihatan.
CONTOH AKTIVITI SIHAT
u Tidur awal, bangun awal
u Istiqamah dalam menjalankan kewajipan sebagai muslim:
u Solat fardhu 5 waktu
u Solat sunat rawatib, witir, tahajjud
u Tiada aktiviti lain kecuali menuntut ilmu selepas
isyak
u Puasa fardhu ramadhan
u Puasa sunat 3 hari sebulan
u Zikir harian-astaghfirullah 100x, selawat 100x,
Lailaha illah 100x
u Zikir subhanallah 33x, alhamdulillah 33x, allahu
akhbar 34X setiap lepas solat fardhu
u Baca al-quran
SOLAT SUNAT TAHAJJUD
ALANGKAH BERUNTUNGNYA SESIAPA YANG DAPAT MEDIRIKAN SOLAT TAHAJJUD
Mengenai solat Tahajjud, Allah berfirman:
{ وَمِنَ اللَّيْلِ فَتَهَجَّدْ بِهِ نَافِلَةً لَكَ عَسَى أَنْ يَبْعَثَكَ رَبُّكَ مَقَامًا مَحْمُودًا } [الإسراء: 79]
Bermaksud: Dan dari sebahagian malam hendaklah engkau mendirikan solat tahajjud padanya, sebagai solat tambahan bagimu, semuga Tuhanmu membangkitkan engkau ditempat yang terpuji.
{ وَمِنَ اللَّيْلِ فَتَهَجَّدْ بِهِ نَافِلَةً لَكَ عَسَى أَنْ يَبْعَثَكَ رَبُّكَ مَقَامًا مَحْمُودًا } [الإسراء: 79]
Bermaksud: Dan dari sebahagian malam hendaklah engkau mendirikan solat tahajjud padanya, sebagai solat tambahan bagimu, semuga Tuhanmu membangkitkan engkau ditempat yang terpuji.
KEADAAN SESEORANG YANG BENAR-BENAR MUKMIN ADALAH AMAT MENGKAGUMKAN
Sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud: Sungguh mengkagumkan
keadaan orang Mukmin itu, kerana bahawasanya keadaannya semuanya baik, ini
tidak terdapat pada seseorang kecuali pada orang Mukmin sahaja. Jika dia
mendapat kegembiraan dia bersyukur, syukur itu adalah baik baginya, dan jika
dia ditimpa mudurat dia bersabar, sabar itu adalah baik baginya (Sahih Muslim).
SEGALA KEBAIKAN YANG ENGKAU LAKUKAN, ENGKAU AKAN DIBERI
BALASAN YANG LEBIH BAIK
Firman Allah s.w.t yang bermaksud:
Apa sahaja kebaikan yang engkau lakukan untuk dirimu maka engkau akan
mendapatinya di sisi Allah ia lebih baik dan lebih besar pahalanya. (Muzammil, 20)
Ayat di atas menjelaskan
kepada kita, apa jua kebaikan yang kita lakukan maka kita akan mendapatinya ia
lebih baik dari yang kita lakukan, dan amat besar pahalanyanya
JANGAN TERTIPU OLEH KEHIDUPAN DUNIA
Firman Allah s.w.t yang bermaksud: Wahai manusia!
Bahawasanya janji Allah (membalas segala amalan kamu) adalah benar, oleh itu
janganlah sekali-kali kamu ditipu oleh kehidupan dunia, dan janganlah
sekali-kali kamu ditipu oleh syaitan dari mentaati Allah s.w.t. (Faatir, 5)
Dalam ayat di atas Allah menjelaskan kepada kita bahawa
janji Allah untuk memberi balasan kepada apa yang dilakukan oleh seseorang
adalah benar. Baik dibalas dengan baik dan jahat dibalas dengan jahat . Oleh
itu janganlah sekali-kali seseorang itu tertipu oleh kehidupan dunia dan jangan
sekali-kali syaitan atau sekutunya menipu dia sehingga dia terpesong dan tidak
mentaati Allah s.w.t.
LARANGAN MENSIA-SIAKAN MASA
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: Dua nikmat yang
ramai manusia tertipu padanya iaitu sihat dan masa lapang (Sahih Bukhari).
Hadith di atas menunjukkan kepada kita bahawa ramai
manusia tertipu dengan dua perkara, iaitu sihat dan masa lapang. Yang
sewajibnya, sihat yang Allah kurniakan kepada seseorang itu hendaklah digunakan
untuk kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, seperti berniaga, bertani,
berladang, membuka perindustirian atau lain-lain pekerjaan yang halal,
disamping mendirikan solat, memberi bantuan kepada mereka yang memerlukan,
mengerjakan ibadah haji, dan lain-lain. Masa lapang pula hendaklah digunakan
pada perkara yang mendatangkan faedah, yang memberikan kebaikkan kepadanya di
dunia dan di akhirat, bukan disia-siakan tanpa sebarang faedah.
KESIMPULAN
Pepatah arab:
ﺍﻟﻌَﻘْﻞُ ﺍﻟﺴَّﻠِﻴْﻢُ ﻓﻲِ ﺍﻟﺠِﺴِْﻢ ﺍﻟﺴَّﻠِﻴْﻢِ
Akal yang sihat itu ada pada
badan yang sihat
Kita harus mempersiapkan
diri dengan tubuh badan yang sihat supaya kita sentiasa bersedia menghadapi
hari-hari mendatang:
Dapat menambahkan
produktiviti
Tenang dalam segala perkara
Boleh membuat keputusan
dengan lebih rasional
RUJUKAN
Kementerian Kesihatan Malaysia http://mynutri.moh.gov.my/
Ustaz Dr Udah Mohsin facebook
1 comment:
terima kasih atas perkongsian. mohon share
Post a Comment