Wednesday, February 6, 2008

Imam Wanita

Wanita menjadi Imam Sembahyang Jumaat

Oleh Prof Madya Dr. Udah bin Mohsin

Mukadimah

Pada 18 Mac 2005 yang lalu, Dr. Amina Wadud seorang Professor Pengajian Islam di Verginia Commonwealth Universiti di Ameiraka Syarikat, telah menjadi imam bagi sembahyang Jumaat yang terdiri dari makmum lelaki dan perempuan. Di samping mcnjadi imam Jumaat beliau juga yang berkhutbah di sebuah geraja, di Bandar Raya New York yang amat masyhur itu. Perbuatan Dr. Amina Wadud ini telah mcnimbulkan reaksi yang arnat besar. Pelbagai pendapat dan fatwa telah dikeluarkan mcngenainya, ada yang pro dan ramai yang kontra. Memandangkan perkara ini amat penting, kerana ia berkaitan dengan ibadah yang difardukan oleh Allah dan RasulNya, dan sejak 14 kurun yang lalu tidak terdapat seorang wanita pun menjadi imam sembahyang Jumaat, maka saya terpanggil untuk memperkatakan perkara ini.

Di dalarn menibincangkan tajuk ini saya menyentuh perkara-perkara berikut:

1. Imam sembahyang Jumaat oleh Rasulullah, Khulafa dan Sahabat.

Oi zaman Rasulullah (s.a.w.) Imam sembahyang Jumaat adalah Rasulullah sendiri. Baginda tidak pemah memberi izin kepada seseorang wanita pun untuk menjadi imam sembahyang Jumaat. Perbuataan Rasulullah ini adalah termasuk di dalam Sunnahnya yang wajib diikut. Manakala di zaman Khulafa' al-Rashidin dan di zaman Sahabat-sahabat dan seterusnya, tidak ada seorang pun wanita yang menjadi imam sembahyang jumaat sekalipun masjid telah dibuka dengan banyak, dan terdapat rarnai wanita-wanita yang alim di dalam agarna, mereka memberi fatwa dan menjadi rujukan di dalarn agama seperti cAisyah (r.a.c), Umm Salarnah dan lain-lain. Mereka tidak mahu melantik Umm al-Mukminin cAisyah, isteri Rasulullah yang banyak mcmberi fatwa dan salah seorang Sahabat yang teralim tentang hadith Rasulullah, 'Aisah sendiri pun tidak pemah meminta untuk menjadi imam di dalarn sembahyang Jumaat mestilah mempunyai sebab yang kuat yang sepatutnya dijadikan hujah di dalam perbahasan ini. Bukan setakat di zaman Rasulullah dan di zaman Sahabat sahaja tidak terdapat seorang perempuan menjadi imam sembahyang Jumaat, tetapi itulah yang berlaku di zaman Tabicin dan yang selepasnya sehingga berlalulah 14 kurun yang silam. Ini bukan sekali-kali kerana tidak ada perempunan yang alim di dalam agama dan bukan kerana tidak banyak masjid.

2. Saf wanita di dalam sembahyang
Mengenai kewajipan sembahyang Jumaat ini Allah berfirman:

Bermaksud: Wahai mereka yang beriman! Apabila kamu diseru untuk sembahyang pada hari Jumaat hendaklah kamu segera kepada mengingati Allah dan tinggalkan jual beli. Yang demikian itu adalah lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (Surah al-Jumaat, 62: 9).
Ayat di atas adalah nas yang jelas menunjukkan kefarduan ibadah sembahyang Jumaat. Jika dilihat kepada khitab kefarduan sembahyang Jumaat tersebut pada fascaw adalah ditujukan kepada lelaki, bukan perempuan. Sekurang-kurangnya, ini menunjukkan bahawa kaum lelaki itu lebih utama mengerjakan sembahyang Jumaat dari perempuan. Dengan ini imam sembahyang Jumaat mestilah lelaki, bukan perempuan.

Jika dilihat kepada hadith pula telah dinyatakan sebelum ini yang menjadi imam di zaman Rasulullah adalah Rasulullah sendiri dan Baginda tidak pemah menyuruh atau mengizinkan seorang wanita pun menjadi imam sembahyang Jumaat atau sembahyang fardu berjamaah di masjid. Nas-nas hadith yang sahih menunjukkan bahawa saf perempuan adalah di belakang saf lelaki, jauh untuk menjadi imam, apatah lagi menjadi imam sembahyang Jumaat. Di antara nas-nas itu ialah:



Bcrmaksud: Daripada Abu Hurayrah (r.a.c), katanya Rasulullah bersabda: Sebaik-baik saf lelaki ialah saf yang pertama dan yang seburuk-buruknya ialah saf yang paling akhir, menakala sebaik-baik saf perempuan ialah saf yang paling belakang dan seburuk-buruknya ialah saf yang awal.( Muslim 1955, 1: 326, Abu Daud 1969, 1: 438, al-Tirmidhi 1937, 1: 436). lni ialah kerana saf yang akhir bagi lelaki hampir dengan perempuan dan saf yang awal bagi perempuan adalah berhampiran dengan lelaki. Hadith ini menunjukkan bahawa saf perempuan adalah di belakang saf lelaki. Jauh untuk menjadi imam sembahyang fardu apatah lagi sembahyang Jumaat.

Di dalam riwayat Abu Sacid al-Khudri Rasulullah menjelaskan:

Bermaksud: Wahai kaum wanita apabila kaum lelaki sujud hendaklah kamu merendahkan penglihatan kamu supaya kamu tidak melihat aurat lelaki kerana kain yang sempit. (Ahmad 1978, 3: 3)

Daripada Sahl bin Sacd katanya:

Bermaksud: Aku melihat kaum lelaki mengikat kain mereka di tengkok mereka seperti kanak-kanak kerana kain yang sempit di belakang Nabi (s.a.w.) maka terdapat orang yang berkata: Wahai kaum wanita janganlah kamu mengangkat kepala kamu sehingga kaum lelaki bangun (Muslim 1955, 1: 326)
Hadith-hadith ini juga jelas menunjukkan saf perempuan adalah di belakang lelaki. Jauh bagi perempuan untuk menjadi imam sembahyang fardu apatah lagi sembahyang Jumaat.


Antara maksud hadith. ini ialah: Aku dan seorang yatim di belakang Baginda Rasulullah, manakala nenek perempuan di belakang kami. (al-Bukhari di dalam lbn Hajar t.t. 1: 488, al-Tirmidhi 1937, 1: 454-456, al-Nasa'I t.t. 2: 85-86). Hadis ini menunjukkan bahawa saf perempuan adalah yang paling belakang sekali, iaitu di belakang kanak-kanak.


Antara maksud hadith ini ialah: Rasulullah meletakkan saf lelaki di hadapan kanak-kanak dan saf perempuan di belakang saf kanak-kanak.(al-Harith 1992, 1: 270) Dari hadith ini menunjukkan bahawa saf perempuan adalah di belakang sekali, di belakang kanak -kanak.

Di dalam riwayat yang lain:


Bermaksud: ... (ai-Nasa'I t.t. 2: 86)
Dari nas-nas di atas menunjukkan saf perempuan adalah paling belakang iaitu dibelakang kanak-kanak, jauh untuk jadi imam apatah lagi untuk menjadi imam sembahyang Jumaat.

3. Sembahyang Jumaat adalah satu ibadah, bukan adat.
. Sembahyang Jumaat sama dengan sembahyang-sembahyang fardu yang lain adalah merupakan ibadah, bukan adat. Di dalam perkara ibadah, kita sebagai seorang Mukmin hendaklah mengikut apa yang telah ditetapkan oleh Allah dan RasulNya, tidak boleh mereka-reka atau mencipta yang baru. Cara sembahyang fardu, dengan takbir al-ihram, qiyam, rukuk sujud, duduk. di antara dua sujud dan seterusnya dengan diimamkan oleh seorang lelaki jika sembahyang itu berjamaah antara lelaki dengan perempuan, dan cara sembahyang Jumaat dengan azan, dua khutbah dan seterusnya dengan diimamkan oleh lelaki, ini semua merupakan ibadah yang tidak boleh diubah. Mengubah ibadah tidak sah ibadahnya dan adalah merupakan bid'ah yang dilarang. Larangan mereka-reka/mencipta di dalam ibadah adalah disandarkan kepada al-Quran dan sunnah Rasulullah. Firman Allah:



Bermaksud: Apakah mereka mempunyai sembahan-sembahan selain Allah yang mensyariatkan untuk mereka agama yang tidak diizinkan oleh Allah.(Surah al-Shura, ...: 21)
Ayat ini menunjukkan bahawa pensyariatan agama itu adalah dari Allah, bukan dari yang lainNya. Adapun pengambilan syariat oleh orang Mukmin dari Rasulullah, itu adalah kerana perintah dari Allah. Dengan ini perkara agama iaitu ibadah adalah hanya diambil dari Allah dan RasulNya, tidak boleh direka-reka. Dalam hal ini Rasulullah bersabda:


Bermaksud: Sesiapa yang mengada-adakan di dalam perkara kami ini (agama) yang bukan darinya dia adalah ditolak ( Muslim 1955, 3:1343). Di dalam riwayat yang lain Rasulullah bersabda:



Bermaksud: Sesiapa yang melakukan sesuatu amalan tidak mengikut peraturan kami dia adalah ditolak.( al-Bukhari di dalam Ibn Hajar, tt. 4: 355 ) Mengada-adakan/mencipta di dalam perkara ibadah adalah bid'ah yang dilarang. Sabda Rasulullah:


Bermaksud: jauhilah dari mengada-ngadakan di dalam perkara ugama kerana setiap yang di ada-adakan adalah bidcah dan setiap bidcah adalah sesat.(Abu Daud 1974, 5: 14-15, Ibn Majah t.t. 1: 16, al-Tirmidhi 1965, 5: 44)

Adalah haram lagi tidak sah sekiranya seorang itu dengan sengaja sembahyang subuh tiga rakaat atau lebih, kerana pada anggapannya dua rakaat itu tidak sesuai memandangkan baru sahaja bangun tidur dan badan masih cergas. Oleh itu perlu kepada riadah yang lebih dari dua rekaat, atau dia menganggap tiga rakaat atau lebih itu adalah lebih baik dari hanya dua rakaat sahaja. Perbuatan ini haram, lagi tidak sah kerana di dalam perkara sembahyang kita mesti ikut Rasulullah. Sabdanya:


Bermaksud: Hendaklah kamu sembahyang sebagaimana kamu melihat aku sembahyang.( al-Bukhari di dalam Ibn Hajar t.t. 2: 111 ).

Dari keterangan-keterangan di atas menunjukkan larangan untuk mencipta ibadah.
Ibadah hendaklah dilakukan mengikut sebagimana yang disyariCatkan.

4. Perbezaan di antara ibadah dengan perkara-perkara duniawi

Jika perkara yang berkaitan dengan ibadah bentuknya adalah ittibaC iaitu mengikut maka perkara-perkara yang berkaitan dengan duniawi bentuknya adalah ibtidac iaitu merekacipta. Ini bererti perkara-perkara yang berkaitan dengan duniawi seseorang itu hendaklah menggunakan akal dan ilmunya untuk mencari jalan yang lebih baik bagi menghasilkan yang lebih mendapat manfaat, selagi tidak bertentangan dengan garis-garis yang telah ditetapkan oleh syara. Seseorang itu digalakkan membuat teori-teori baru melalui. kajian-kajian yang mendalam di dalam bidang sains, kejuruteraan, ekonomi dan lainnya, tetapi berkaitan dengan ibadah sembahyang hendaklah dia menunaikan sembahyang itu mengikut sebagaimana yang telah dilakukan oleh Rasulullah (s.a.w.) dengan tidak boleh mengubahnya. Suruhan mengunakan akal dan iImu pengetahuan bagi mendapatkan munafa'at yang lebih baik pada perkara-perkara duniawi boleh difahami dari sabda Rasulullah (s.a.w.):


Bermaksud: Kamu lebih mengatahui mengenai urusan dunia kamu.(Muslim 1955, 4:1836 )

5. Lelaki lebih utama mengimarahkan masjid berbanding kaum wanita
Sebelum ini telah dinyatakan nas al-Quran dan Hadith mengenai suruhan mengerjakan sembahyang Jumaat, saf lelaki dan saf wanita ketika sembahyang di dalam masjid, di zaman Rasulullah dan Sahabat yang semuanya menunjukkan bahawa kaum lelaki adalah menguasai masjid lebih dari kaum wanita, dan dari hadith-hadith yang lain juga menunjukkan bahawa kaum lelaki adalah lebih menguasai masjid dari kaum wanita. Antaranya ialah sabda Rasulullah (s.a.w.):

Bcrmaksud: Apabila isteri seseorang dari kamu meminta izin untuk pergi ke masjid maka jangan dia menegahnya. (al-Bukhari di dalam Ibn Hajar, 9: 337, Muslim 1955, 1: 326-327) Hadith ini menunjukkan bahawa hak mengimarahkan masjid itu adalah kepada kaum lelaki kerana isteri dikehandaki meminta izin kepada suaminya apabila hendak pergi masjid dan kepada suami janganlah dia melarangnya. Adapun bagi suami dia tidak perlu untuk meminta izin kepada isteri apabila dia hendak pergi ke masjid. Jika suami dan isteri sama tarafnya untuk mengimarahkan masjid maka tidaklah perlu bagi isteri untuk meminta izin dari suaminya sebagaimana isteri tidak perlu meminta izin dari suami untuk mengerjakan sembahyang fardu di rumah.
Apabila telah jelas menunjukkan bahwa kaum lelaki itu lebih utama untuk mengimarahkan masjid maka layaklah mereka yang duduk dibarisan hadapan dan layaklah mereka yang menjadi imam.

6. Tidak ada sebab penting kaum wanita untuk menjadi imam

Memandangkan kaum lelaki yang layak menjadi imam adalah masih terlalau ramai, mereka boleh membaca al-Quran dengan baik, mereka alim tentang agama, mereka tidak mempunyai sesuatu yang mencacatkan untuk menjadi imam maka tidak ada sebab penting yang dianggap darurah perempuan boleh jadi imam. Oleh kerana itu perempuan tidak boleh menjadi imam sembahyang Jumaat.

Dari penjelasan-penjelasan yang disandarkan kepada nas-nas yang sahih lagi banyak menunjukkan imam sembahyng Jumaat, sembahyang fardu dan sembahyang sunnat yang terdiri.dari lelaki dan perempuan imamnya adalah lelaki.

7. Perbincangan mengenai hadith Umm Waraqah

1. Nas hadith

Terdapat hadith yang zahirnya menunjukkan bahawa wanita menjadi imam dan di belakangnya terdapat lelaki. Wanita itu ialah Umm Waraqah. Hadith Umm Waraqah adalah sebagai berikut:


Antara maksud hadith ini ialah Umm Waraqah, seorang wanita qariah, meminta izin kepada Rasulullah untuk melantik seorang juru azan lalu Baginda mengizinkan kepadanya...( Abu Daud 1969, 1: 396-397)

Di dalam riwayat yang lain menyatakan:

Bermaksud: Adalah Rasulullah (s.a.w.) menziarahinya di rumahnya dan Rasulullah menjadikan untuknya seorang juru azan, dan Rasulullah menyuruhnya menjadi imam untuk ahli rumahnya. (Abu daud 1969, 1: 397, al-Darqutni 1966, 1: 404)

2. Hukum hadith

Menurut Ibn Hajar di dalam riwayat tersebut terdapat perawi yang bernama Abd al-Rahman bin Khallad, beliau, fih jahalah (Ibn Hajar 1979,2: 29) dengan itu hadith ini da'if. Walau bagimanapun Ibn Hibban memasukkannya di dalam kitabnya al-Thiqat. (Abadi 1967, 2: 302) Dengan ini menurutnya hadith ini boleh dijadikan hujah. Dengan demikian terdapat hilaf di kalangan ulama hadith tentang kesahihan hadith ini, ada yang menerima dan ada yang menolak.

3. Tafsiran hadith
Jika hadith Umm Waraqah itu bertaraf maqbul iaitu boleh dijadikan hujjah maka zahir maksud hadith tesebut ialah Umm Waraqah adalah menjadi imam bagi ahli rumahnya sebagaimana dijelaskan di dalam nas hadith tersebut. lni bererti Umm Waraqah tidak boleh menjadi imam bagi yang lain dari ahli rumahnya. Jika ditafsirkan maksud dar di dalam hadith ini adalah, bermaksud satu kawasan yang besar yang mengandung banyak bilangan rumah, tafsiran ini tidak benar, kerana tidak terdapat bukti-bukti yang menunjukkan demikian. Perbincangan lanjut mengenai pendapat ulama mengenai hadith ini akan diperkatakan selepas ini.

8. Wanita menjadi imam di dalam sembahyang
Di dalam membahaskan tajuk ini saya bincangkan sepeti berikut:

a. Wanita menjadi imam bagi wanita
b. Wanita menjadi imam bagi lelaki dan wanita

Wanita menjadi imam bagi wanita

Terdapat nas-nas yang menunjukkan bahawa wanita boleh menjadi imam bagi wanita. Antara nas-nasnya ialah


Bermaksud: Daripada Umm Salamah bahawasanya beliau menjadi imam kepada kaum wanita dan beliau berdiri di tengah-tengah. (al-Bayhaqi 1989, 1: 343, al-Shafici, 1: 53).


Bermaksud: Daripada cAisah (r.a.c.) bahawasanya beliau menjadi imam bagi kaum wanita untuk sembahyang fardu lalu beliau mengimamkan mereka di tengah-tengah (al-Bayhaqi 1989, 1: 343, al-Bayhaqi 1994, 3: 131)


.Bermaksud: Daripada Umm Salamah bahawasanya beliau menjdi imam bagi kaum wanita lalu beliau bangun di tengah-tengah. (al-Bayhaqi 1989, I: 343)

Bermaksud: Daripada Aisah bahawasanya beliau azan, kamat, dan menjadi imam kepada kaum wanita dan beliau berdiri di tengah-tengah.( al-Bayhaqi 1994, 3: 131)
Nas-nas di atas menunjukkan bahawa cAishah dan Umm Salamah telah menjdi imam di dalam sembahyang dan yang menjadi makmum adalah dari kalangan wan ita juga, tidak ada lelaki padanya

Wanita menjadi imam bagi lelaki

Berpandukan kepada zahir hadith Umm Waraqah di atas tadi, jika hadith itu diterima- maka seseorang wanita boleh menjadi imam bagi lelaki yang termasuk di dalam ahli rumahnya, wanita itu qariah dan ahli rumah tiada yang qaric. Wanita boleh menjadi imam bagi lelaki adalah merupakan pendapat Abu Thawr, al-Muzani dan al-Tabari. Adapun jamhur al-Ulama iaitu kebanyakkan ulama menentang pendapat mereka bertiga ini. (Abdi 1967, 2: 302, al-Qurtubi 1967, 1: 356). lni ialah kerana hadith ini tidak disepakati kesahihnnya dan ia bertentangan dengan hadithhadith sahih sebagaimana yang dijelaskan sebelum ini, oleh itu menurut jumhur, jik.a hadith ini diterima- maka perkataan ahli rumah di sini ialah ahli rumah yang perempuan tidak termasuk yang lelaki.
Apa yang perlu diambil perhatian, ialah pendapat tiga ulama tersebut adalah di dalam konteks hadith Umm Waraqah di atas iaitu perempuan menjadi imam dirumahnya bagi ahli keluarganya dan perempuan itu sebagi qari'ah dan ahli keluarganya tidak qari. Adapun perempuan menjadi imam sembahyang fardu di dalam masjid, apatah lagi bagi sembahyang Jumaat maka saya tidak mengetahui ada ulama muctabar yang mengharuskannya.

9. Bukan merupakan satu penindasan atau tidak adil kepada wanita jika dia tidak boleh menjadi imam bagi sembahyang Jumaat.

Siapa sahaja yang melakukan amal salih sama ada lelaki atu perempuan Allah akan memberi balasan dengan yang lebih baik, tidak kira lelaki atau perempuan: Firman Allah:



Beimaksud: Sesiapa yang melakukan amal soleh sarna ada dari lelaki atau perempuan sedangkan dia beriman maka Kami akan memberikannya kehidupan yang baik dan Kami akan membalas pahala mereka dengan sebaik-baik apa yang mereka lakukan. (Surah al-Nahl, 16: 97)
Walaubagaimanapun terdapat sedikit perbezaan, di antara lelaki dengan perempuan, bukan dari segi balasan pahala dan dosa, tetapi dari sudut-sudut yang lain, ini bukan menunjukkan tidak adil, tetapi itu sebagai sesuatu yang ditetapkan selaras dengan tabiat kejadian mereka. Oleh sebab itu orang yang adil ialah orang yang mengikut suruhan Allah, yang meletakkan setiap sesuatu pada tempatnya, tidak melampau dan tidak cuai. (Ibn Hajar t.t. Fath al-Bari, 2: 145)

Kesimpulan
Dari nas-nas yang sahih, bukan adat tetapi adalah merupakan sunnah Rasulullah bahawa perempuan tidak boleh menjadi imam sembahyang Jumaat, kerana sembahyang Jumaat adalah merupakan ibadah, bukan adat dan bukan urusan duniawi. Di dalam perkara ibadah seseorang Mukmin diperintahkan supaya ittibac bukan ibtidac mengikut bukan mencipta.



Rujukan:

AI-Quran aI-Karim

Abu Daud, Sulayman bin al-AshCath. 1969/1388. Sunan Abi Daud, taCliq CIzzat cAbid. Siriya: Hims.

Abadi, Muhammad Muhammad Shams al-Haq. 1968/1388. cAun al-Macbud, Sharh Sunan Abi Daud. AI-Madinah al-Munawwarh: al-Maktabah al-Salafiyyah.

Al-Bayhaqi, Ahmad bin al-Husayn bin Ali 1989/1410. al-Sunan al-Sughra, tahqiq Dr, Muhammad Diya' aI-Rahman al- C Azami. AI-Madinah al-Munawwarah.

AI-Bayhaqi, Ahmad bin al-Husayn bin Ali. 1994/1414. al-Sunan al-Bayhaqi al-Kubra. Makkah al-Mukarramah.

AI-Bukhari, Muhammad bin Ismail di dalam Ibn Hajar. T.T. Sahih al-Bukhari di dalam Fath al-Bari. AI-Maktabah al-Salafiyyah.

A I-Darqutni, cAli bin Umar. 1966/1386. Sunan al-Darqutni, taCliq Abdi. AI-Madinah al-Munawwarh.

AI-Harith bin Usamah. 1992/1413. Musnad al-Harith. AI-Madinah al-Munawwarah.

Ibn Hajar, Ahmad bin Ali. 1979/1399. Talkhis al-Khabir. al-Qahirah: Maktabah al-Kulliyyat al-Azhariyyah

Ibn Majah, Muhammad bin Yazid. T.T. Sunan Ibn Majah tarqim Muhammad Fuad Abd al-Baqi. Al-Qahirah: cIsa al-Halabi.

AI-Nasa'I, Ahmad bin ShuCayb. T.T. Sunan al-Nasa'I, sharh al-Suyuti wa al-Sindi. AI-Qahirah: al-Matbcah al-Misriyyah.

Muslim bin al-Hajjaj. 1955/1374. Sahih Muslim, tahqiq Muhammad Fuad Abd al-Baqi. AI-Qahirah: CIsa al-Babi al-Halabi.

AI-Qurtubi, Muhammad bin Ahmad. 1967/1387. ai-Jamie Li Ahkam al-Quran. AI-Qahirah: Dar al-Kitab al-cArabi.

AI-Shafiei, Muhammad bin Idris. Musnad al-Shafiei. Bayrut: Dar al-Kutub al-IImiyyah. .

AI-Tirmidhi, Muhammad bin clsa. Sunan al-Tirmidhi, tahqiq Muhammad Shakir. AI-Qahirah: Mustafa al-Halabi.

No comments: