Rabu 20/2/08 (1945-2045) - Tafsir surah maryam ayat 83 hingga 98 (tamat).
83] Tidakkah engkau mengetahui (Wahai Muhammad) bahawa Kami telah menghantarkan Syaitan-syaitan kepada orang-orang kafir, untuk menggalakkan mereka mengerjakan perbuatan kufur dan maksiat dengan bersungguh-sungguh?
[84] Oleh itu, janganlah engkau segera marah terhadap mereka yang ingkar itu, kerana sesungguhnya kami hanya menghitung hari yang sedikit sahaja bilangannya untuk mereka.
[85] (Ingatlah) hari Kami himpunkan orang-orang yang bertakwa untuk mengadap (Allah) Ar-Rahman, dengan berpasuk-pasukan.
[86] Dan Kami akan menghalau orang-orang yang bersalah ke Neraka Jahanam, dalam keadaan dahaga.
[87] Mereka tidak berhak mendapat dan memberi syafaat, kecuali orang yang telah mengikat perjanjian (dengan iman dan amal yang soleh) di sisi Allah yang melimpah-limpah rahmatNya!.
[88] Dan mereka yang kafir berkata: (Allah) Ar-Rahman, mempunyai anak.
[89] Demi sesungguhnya, kamu telah melakukan satu perkara yang besar salahnya!
[90] Langit nyaris-nyaris pecah disebabkan (anggapan mereka) yang demikian dan bumi pula nyaris-nyaris terbelah, serta gunung-ganang pun nyaris-nyaris runtuh ranap.
[91] Kerana mereka mendakwa mengatakan: (Allah) Ar-Rahman mempunyai anak.
[92] Padahal tiadalah layak bagi (Allah) Ar-Rahman, bahawa Dia mempunyai anak.
[93] Tidak ada sesiapapun di langit dan di bumi melainkan dia akan datang kepada (Allah) Ar-Rahman, sebagai hamba.
[94] Demi sesungguhnya! Allah telah mengira mereka (dengan pengetahuanNya) serta menghitung mereka satu persatu.
[95] Dan mereka masing-masing akan datang mengadapNya pada hari kiamat dengan seorang diri.
[96] Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, Allah yang melimpah-limpah rahmatnya akan menanamkan bagi mereka dalam hati orang ramai perasaan kasih sayang.
[97] Maka sesungguhnya Kami memudahkan turunnya Al-Quran ini dengan bahasamu (wahai Muhammad), ialah supaya engkau memberi khabar gembira dengannya kepada orang-orang yang bertakwa dan supaya engkau memberi amaran dengannya kepada kaum yang degil dalam kekufurannya.
[98] Dan amatlah banyaknya kaum-kaum kafir yang Kami telah binasakan sebelum mereka; engkau tidak menyedari ataupun mendengar suara yang sayup bagi seseorangpun dari orang-orang yang telah dibinasakan itu.
(terjemahan disalin dari http://quran.al-islam.com/ )
Antara pengajaran yang sempat aku catit;
1-surah maryam mengandungi banyak kaliman ar-rahman
2-kebanyakan manusia mempunyai sifat marah melebihi sifat rahmat. Allah pula bersifat rahmat mengatasi kemarahan.
3-apabila berdoa mintakan semua kebaikan. Ada kisah di zaman Nabi saw, sahabatnya ditimpa penyakit pelik. Setelah ditanya Nabi saw apa yang kamu buat. Lalu dijawab beliau mendoakan Allah ampunkan dosanya dan jika Allah ingin azabkannya, azabkan di dunia sahaja dan bukan di akhirat (Hadis Muslim bab akidah).
Doa ini sebenarnya tidak baik dan doa yang terbaik ialah minta kebaikan semuanya, seperti "Ya Allah berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan jauhkan kami dari azab neraka". Doa ini sering dibaca pada hujung setiap doa.
4-mensyirikkan Allah adalah kesalahan sangat besar. Yahudi mengatakan Huzir anak Allah manakala Kristian mengatakan Isa anak Tuhan. Biasakan membaca surah al-ikhlas bagi menafikan dakwaan orang yang mesyirikkan Allah.
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[1] Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa.
[2] Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat.
[3] Dia tiada beranak dan Dia pula tidak diperanakkan
[4] Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya.
Wallahu a'lam (Allah jua yang maha mengetahui)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment