Monday, September 1, 2008

Ramadhan Karim

(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah dia berpuasa bulan itu dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah dia berbuka, kemudian wajiblah dia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan) dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya dan supaya kamu bersyukur (Al- Baqarah 2:185).
Hari ini merupakan permulaan puasa (1 ramadhan) bagi rakyat Malaysia. Rasanya lebih 40X ramadhan aku bepuasa. Aku tak ingat bila aku mula berpuasa, tapi aku telah diajar dan dilatih berpuasa ramadhan dari umur 5 atau 6 tahun. Ketika itu masa puasalah berpeluang makan makanan lazat-lazat, kuih muih dan nasi berlaukkan daging. Jika di bulan lain, kami hanya mampu makan nasi lauk ikan, ikan masin atau telur itik goreng atau gulai telur. Diet masa kecik memang tidak menggemukkan dan sehat: pagi sarapan pisang rebus/nasi kerabu, laksam, tengahari nasi lauk telur berulam timun, tembikai, malam pula ikan masin, ikan rebus, singgam ikan. Tidak banyak minyak digunakan.
Sebenarnya puasa ramadhan tidaklah berat yang disangkakan. Syaitan dibelenggu memudahkan kita membuat amal ibadah.
Hadis Abu Hurairah r.a: Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila tiba bulan Ramadan, dibuka pintu-pintu Syurga dan ditutup pintu-pintu Neraka serta syaitan-syaitan dibelenggu
Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 1793
Terasa lebih rajin beribadah jika dibanding dengan bulan lain. Seperti maksud ayat di atas Allah menghendaki kemudahan bagi bagi kita. Konsep mudah ni eluk dipegang dalam segala tingkah laku dan perbuatan kita. Bukan ajaran Islam jika sesuatu itu susah untuk dilaksanakan.


Hadis di atas boleh juga ditafsir secara kinayah (perumpamaan), syaitan dibelenggu membawa maksud syaitan telah dikalahkan. Manusia mengonggkong kehendak syaitan dengan membuat lebih banyak ibadat dan muhasabah diri. Dalam hadis lain kita juga pernah dengar Nabi saw pernah menasihatkan anak muda yang belum dapat kahwin agar berpuasa bagi mengekang hawa nafsunya. Ini bermakna puasa dapat menjinak dan melembut jiwa.

2 comments:

sepancar said...

salam...saya terpanggil untuk mengajak saudara berbincang tentang ayat 185 surah al-baqarah ini...jika saudara mahu berbincang dgn saya tentang ini boleh hubungi saya di ewarkah@yahoo.com

Anonymous said...

salam,
terima kasih. maaf saya tak perasan komen tuan. saya bukan ahli tafsir. tulisan saya hanyalah berdasarkan pembelajaran yang saya ikuti secara tidak formal, iaitu mengikuti kuliah agama di surau-surau dan tazkirah. saya seorang ahli fizik.
+pauzi+