Sebelum ini telah diterangkan bahawa sembahyang itu menegah dari melakukan dosa, sama ada besar atau kecil. Iaitu fahsya' dan mungkar. Orang yang mengerjakan sembahyang sepatutnya tidak mencuri, merompak, membunuh, merogol, menyakiti orang lain, menipu, rasuah, dan tidak merosakkan alam sekitar. Sebaliknya pula, bersatu, tolong menolong, hidup dalam keadaan aman dan damai. Orang yang mengerjakan sembahyang tidak membuang masa, bekerja dengan rajin, berilmu dalam pekerjaannya dan menjaga alam sekitar. Dengan itu negara menjadi aman, damai dan makmur serta mendapat keberkatan dan keredhaan Allah swt. Renungilah firman2 Allah yang bermaksud;
"Sesungguhnya bagi penduduk negeri saba' terdapat bukti (di atas limpah kurnian Allah) terdapat dua taman di sebelah kana dan kiri, makanlah rezeki Tuhan kamu dan bersyukurlah kepada Nya, negeri yang baik/makmur dan Tuhan yang Maha Penyayang" (surah Saba', 34:15)
"Dan jikalau ahli kariah itu beriman dan bertakwa nescaya Kami buka kepada mereka keberkatan dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan maka Kami binasakan mereka dengan sebab apa yang mereka lakukan" (surah al-A'raf, 7:96)
No comments:
Post a Comment