Wednesday, February 17, 2010

Maulidurrasul

Secara tradisi bulan rabiul awal juga dikenali dengan bulan maulud iaitu bulan kelahiran Nabi saw. Nabi saw lahir pada 12 rabiul awal. Sambutan harijadi ini sebenarnya bukan budaya Islam. Tiada nas yang menyuruhnya. Bagaimanapun untuk menghayati perjuangan Nabi saw tidak salah. Tidak juga baik jika kita hanya mengkhususkan bulan ini sahaja untuk kita menghayatinya.

Rasulullah saw telah menyampai risalah Islam selama 23 tahun iaitu pada umur 40 tahun hingga 63 tahun. Yang ditinggal beliau 3 perkara;
  1. Al-qur'an - penjelasannya oleh al-hadis
  2. Risalah seluruh alam yang kekal hingga hari kiamat
  3. umatnya yang berpegang dengan al-qur'an dan al-sunnah

Al-Qur'an ialah mukjizat Nabi Muhammad saw. Nabi2 lain juga mempunyai mukjizat. Nabi Musa as mempunyai tangan yang mengeluarkan cahaya dan tongkatnya bertukar menjadi ular untuk mengalahkan sihir. Sihir ialah dari orang kafir. Mukjizat bertujuan untuk menguatkan kebenaran. Bagaimanapun mukjizat nabi terdahulu hanya bersifat sementara iaitu hanya untuk zaman itu sahaja.

Al-Qur'an mukjizat yang amat besar yang kekal hingga kiamat. Mukjizatnya boleh dilihat dari sudut bahasa, kandungannya semua mukjizat. Di zaman Nabi saw, orang ramai dicabar buat seperti al-Qur'an, buat 10 surah seperti al-Qur'an. Tapi tiada yang mampu. 3 surah pun tidak mampu. Bahasa al-Qur'an amat tinggi. Manusia tak mampu buat.

Selain bahasa, mukjizat dari sudut Syarie. Allah suruh sembah diriNya sahaja. Ibadah solat satu mukjizat. Solat tak rasa apa?

Disuruh jual beli diharamkan riba.

Fiqh jenayah - contohnya sebat 100x bagi yang berzina. Ini satu mukjizat yang banyak hikmah. Hukum-hukum jenayah semuanya mukjizat. Mukjizat syariah diceritakan dengan terperinci oleh Syeikh Muhammad Abu Zuhrah. Hukum potong bagi si pencuri. Dapat dilihat di Mekah, kedai-kedai dibiar terbuka ketika solat. Tiada siapa yang berani mencuri.

Dari sudut sains - Dr Zamzul dan Prof Abdul Majid menceritkan mukjizat al-Qur'an dari sudut sains.

Hadis Rasul saw menerangkan al-Qur'an. Nabi saw ialah al-Qur'an hidup. Beliau menjelas dan melaksanakan isi kandungan al-Qur'an. Rasul saw ialah ikutan dalam semua perkara. Baca sirah Nabi saw. Bagi orang bujang, ada contoh tauladan semasa beliau bujang. Nabi saw maksum. Suami yang baik ialah Nabi saw. Bagi yang kahwin satu, contoh ikutan ialah semasa beliau kahwin dengan Siti Khadijah. Contoh ikutan sewaktu aman, sewaktu perang. Contoh Nabi saw ketika miskin dan ketika kaya.

Risalah Nabi saw menyeluruh ke seluruh alam. Nabi-nabi yang dahulu hanya untuk kaumnya sahaja. Rahmat ke seluruh alam. Risalah Islam kekal. Ada orang akan terus berpegang dengan risalah Islam hingga kiamat.

Setiap 100 tahun akan ada orang yang membaharui agama Allah iaitu membetulkan apa yang telah diselewengkan.

Risalah Nabi saw menyeluruh ke sekian alam - bukan manusia sahaja tetapi termasuklah binatang dan tumbuh-tumbuhan.

2 comments:

remotehealer said...

Tuan. Adakah benar ada Hadith yang menhyatakan " Tiada Mukjizat ada pada manusia selepas Nabi Muhammad. Sekira 'nampak' nya ada, ia nya adalah perbuatan Sihir dan Sihir itu PROFESSI JIN/shaitan dan maka hukum Sihir/"Mukjizat" itu adalah haram dan balasannya NERAKA" AllahuAlam. reotehealer@yahoo.com

pauzi said...

Ya betul. Tiada lagi Nabi selepas Muhammad saw.