Firman Allah swt yang bermaksud "Allah tidak menegah kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil kepada mereka yang tidak memerangi kamu dalam perkara agama dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu. Bahawasanya Allah adalah suka kepada orang yang berlaku adil. Sesungguhnya Allah menegah kamu terhadap mereka yang memerangi kamu dalam agama dan mengeluarkan kamu daripada kampung halaman kamu serta (membantu orang lain) mengusir kamu (Allah menegah kamu) untuk menjadikan mereka sebagai teman rapat/pemerintah. Dan sesiapa yang berbuat demikian mereka adalah benar-benar zalim (surah al-Mumtahinah, 8-9).
Rasulullah saw memberi amaran keras kepada orang Islam yang membunuh orang kafir mu'ahad iaitu orang kafir yang membuat perjanjian damai dengan kita.
Maksud sabda Nabi saw "Sesiapa yang membunuh orang kafir mu'ahad dia tidak mencium bau syurga, dan sesungguhnya bau syurga itu dapat dirasai dari jarak perjalanan 40 tahun" (sahih Bukhari).
Rasulullah saw sendiri ada menziarahi kanak-kanak Yahudi yang sedang sakit:
"Daripada Anas bahawasanya seorang budak Yahudi sakit maka Nabi saw duduk di sebelah kepalanya maka Nabi saw berkata padanya, masuklah Islam, lalu budak Yahudi itu melihat kepada bapanya maka bapanya berkata kepadanya, taatlah kepada Abu al-Qasim (Nabi saw) maka budak itu pun masuk Islam maka Nabi saw berdir dan berkata: Segala puji bagi Allah yang telah menyelamatkan budak itu dari api neraka lantaranku" (sunan Abi Daud).
Rasulullah saw juga mempunyai hubungan baik dengan orang-orang kafir yang berbuat baik dengan Baginda:
"Daripada Aishah ra katanya, Rasulullah saw wafat sedangkan baju besinya tergadai pada seorang Yahudi dengan 30 cupak gandum" (hadis Bukhari).
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment