Antara penyakit hati ialah rakus, tamak, tak kira halal haram, hasad (tidak suka nikmat pada seseorang), riak (buat sesuatu dengan tujuan dunia), contohnya menderma untuk nama, tidak ikhlas, menunjuk-nunjuk. Belajar dan mengajar kerana dunia, sembahyang depan orang begitu baik.
Macam mana nak betulkan hati supaya tunduk kepada Allah? Hati ialah raja. Raja yang mengawal segala gerak perbuatan kita. Hati dan perasaan perlu dijaga, dipandu dan dipantau ke arah yang betul - semata-mata kerana Allah taala.
Secara umum perkara berikut dapat mengubatkan hati;
Macam mana nak betulkan hati supaya tunduk kepada Allah? Hati ialah raja. Raja yang mengawal segala gerak perbuatan kita. Hati dan perasaan perlu dijaga, dipandu dan dipantau ke arah yang betul - semata-mata kerana Allah taala.
Secara umum perkara berikut dapat mengubatkan hati;
- Zikir, tasbih, tahmid, membaca al-Qur'an-memahami dan mentadabburnya
- Meningkatkan amalan sunat. Solat sunat malam dapat meninggikan darjat, banyak menangis, takut azab Allah.
- Kawan dengan orang soleh dan alim ulamak. "Seseorang itu mengikut pegangan agama kawan rapatnya"
- Melazimi amalan puasa sunat
- Banyak berzikir-taqarrub (dekat) kepada Allah. Zikir dari hati bukan adat.
- Sentiasa ingat mati. cukuplah mati menjadi peringatan - apa berlaku selepas mati, amal soleh sudah tiada. Bila mati ada azab kubur, sengsara yang tidak dapat balik semula. Beriman dengan hari akhirat. Ikut sirah Omar Abdul Aziz. Apa nak gembira sangat, belum tau boleh jawab di akhirat. Ingat mati supaya boleh jawab soalan malaikat. Kesakitan deraan malaikat boleh didengar semua makhluk kecuali manusia dan jin. Titian siraq?
- Muzakarah ilmu
- Amalan sunat perlu dilakukan dengan ikhlas dan faham tujuannya
- Jangan ikut orang yang rosak hati
- Kemantapan hati dan keteguhan hati boleh juga dicapai melalui doa. Doa dalam al-Qur'an. "Rabbana la tuzik qulubana ba'dais hadaitana wahablana min ladun karahmatan innaka antal wahhab". Doa dari Nabi saw "Allahumma ya muqallibal qulub, tsabit qulubana 'ala diinik wa 'ala ta 'atiq"
Jasmani perlu bersih dari hadas dan najis. Hati dan jiwa bersih dari syirik. Mendusta kebenaran boleh gugur iman.
No comments:
Post a Comment