Wednesday, February 17, 2010

Maulidurrasul

Secara tradisi bulan rabiul awal juga dikenali dengan bulan maulud iaitu bulan kelahiran Nabi saw. Nabi saw lahir pada 12 rabiul awal. Sambutan harijadi ini sebenarnya bukan budaya Islam. Tiada nas yang menyuruhnya. Bagaimanapun untuk menghayati perjuangan Nabi saw tidak salah. Tidak juga baik jika kita hanya mengkhususkan bulan ini sahaja untuk kita menghayatinya.

Rasulullah saw telah menyampai risalah Islam selama 23 tahun iaitu pada umur 40 tahun hingga 63 tahun. Yang ditinggal beliau 3 perkara;
  1. Al-qur'an - penjelasannya oleh al-hadis
  2. Risalah seluruh alam yang kekal hingga hari kiamat
  3. umatnya yang berpegang dengan al-qur'an dan al-sunnah

Al-Qur'an ialah mukjizat Nabi Muhammad saw. Nabi2 lain juga mempunyai mukjizat. Nabi Musa as mempunyai tangan yang mengeluarkan cahaya dan tongkatnya bertukar menjadi ular untuk mengalahkan sihir. Sihir ialah dari orang kafir. Mukjizat bertujuan untuk menguatkan kebenaran. Bagaimanapun mukjizat nabi terdahulu hanya bersifat sementara iaitu hanya untuk zaman itu sahaja.

Al-Qur'an mukjizat yang amat besar yang kekal hingga kiamat. Mukjizatnya boleh dilihat dari sudut bahasa, kandungannya semua mukjizat. Di zaman Nabi saw, orang ramai dicabar buat seperti al-Qur'an, buat 10 surah seperti al-Qur'an. Tapi tiada yang mampu. 3 surah pun tidak mampu. Bahasa al-Qur'an amat tinggi. Manusia tak mampu buat.

Selain bahasa, mukjizat dari sudut Syarie. Allah suruh sembah diriNya sahaja. Ibadah solat satu mukjizat. Solat tak rasa apa?

Disuruh jual beli diharamkan riba.

Fiqh jenayah - contohnya sebat 100x bagi yang berzina. Ini satu mukjizat yang banyak hikmah. Hukum-hukum jenayah semuanya mukjizat. Mukjizat syariah diceritakan dengan terperinci oleh Syeikh Muhammad Abu Zuhrah. Hukum potong bagi si pencuri. Dapat dilihat di Mekah, kedai-kedai dibiar terbuka ketika solat. Tiada siapa yang berani mencuri.

Dari sudut sains - Dr Zamzul dan Prof Abdul Majid menceritkan mukjizat al-Qur'an dari sudut sains.

Hadis Rasul saw menerangkan al-Qur'an. Nabi saw ialah al-Qur'an hidup. Beliau menjelas dan melaksanakan isi kandungan al-Qur'an. Rasul saw ialah ikutan dalam semua perkara. Baca sirah Nabi saw. Bagi orang bujang, ada contoh tauladan semasa beliau bujang. Nabi saw maksum. Suami yang baik ialah Nabi saw. Bagi yang kahwin satu, contoh ikutan ialah semasa beliau kahwin dengan Siti Khadijah. Contoh ikutan sewaktu aman, sewaktu perang. Contoh Nabi saw ketika miskin dan ketika kaya.

Risalah Nabi saw menyeluruh ke seluruh alam. Nabi-nabi yang dahulu hanya untuk kaumnya sahaja. Rahmat ke seluruh alam. Risalah Islam kekal. Ada orang akan terus berpegang dengan risalah Islam hingga kiamat.

Setiap 100 tahun akan ada orang yang membaharui agama Allah iaitu membetulkan apa yang telah diselewengkan.

Risalah Nabi saw menyeluruh ke sekian alam - bukan manusia sahaja tetapi termasuklah binatang dan tumbuh-tumbuhan.

Wednesday, February 10, 2010

Mengubat penyakit hati

Antara penyakit hati ialah rakus, tamak, tak kira halal haram, hasad (tidak suka nikmat pada seseorang), riak (buat sesuatu dengan tujuan dunia), contohnya menderma untuk nama, tidak ikhlas, menunjuk-nunjuk. Belajar dan mengajar kerana dunia, sembahyang depan orang begitu baik.

Macam mana nak betulkan hati supaya tunduk kepada Allah? Hati ialah raja. Raja yang mengawal segala gerak perbuatan kita. Hati dan perasaan perlu dijaga, dipandu dan dipantau ke arah yang betul - semata-mata kerana Allah taala.

Secara umum perkara berikut dapat mengubatkan hati;
  1. Zikir, tasbih, tahmid, membaca al-Qur'an-memahami dan mentadabburnya

  2. Meningkatkan amalan sunat. Solat sunat malam dapat meninggikan darjat, banyak menangis, takut azab Allah.

  3. Kawan dengan orang soleh dan alim ulamak. "Seseorang itu mengikut pegangan agama kawan rapatnya"

  4. Melazimi amalan puasa sunat

  5. Banyak berzikir-taqarrub (dekat) kepada Allah. Zikir dari hati bukan adat.

  6. Sentiasa ingat mati. cukuplah mati menjadi peringatan - apa berlaku selepas mati, amal soleh sudah tiada. Bila mati ada azab kubur, sengsara yang tidak dapat balik semula. Beriman dengan hari akhirat. Ikut sirah Omar Abdul Aziz. Apa nak gembira sangat, belum tau boleh jawab di akhirat. Ingat mati supaya boleh jawab soalan malaikat. Kesakitan deraan malaikat boleh didengar semua makhluk kecuali manusia dan jin. Titian siraq?

  7. Muzakarah ilmu

  8. Amalan sunat perlu dilakukan dengan ikhlas dan faham tujuannya

  9. Jangan ikut orang yang rosak hati

  10. Kemantapan hati dan keteguhan hati boleh juga dicapai melalui doa. Doa dalam al-Qur'an. "Rabbana la tuzik qulubana ba'dais hadaitana wahablana min ladun karahmatan innaka antal wahhab". Doa dari Nabi saw "Allahumma ya muqallibal qulub, tsabit qulubana 'ala diinik wa 'ala ta 'atiq"

Jasmani perlu bersih dari hadas dan najis. Hati dan jiwa bersih dari syirik. Mendusta kebenaran boleh gugur iman.

Hubungan sembahyang dengan alam sekitar

Maksud surah al Baqarah ayat 195 "Hendaklah kamu perbaiki dengan sebaik-baiknya (akan perbuatan kamu) bahawasanya Allah kasih kepada orang yang memperbaiki dengan sebaik-baiknya akan amalannya".

Kita disuruh memperbaikkan amalan dan tidak melakukan keburukan seperti perbuatan berikat.

Firman Allah yang bermaksud " Apabila dia beredar dia berusaha di atas muka bumi untuk melakukan kerosakan padanya dan membinasakan tanam-tanaman dan keturunan, sedangkan Allah tidak suka kepada kerosakan" (al-Baqarah, 205).

Allah swt menjadikan sesuatu adalah begitu baik dan indah sebagaimana maksud firmanNya

"Yang mencipta segala sesuatu, Dia menciptanya dengan sebaik-baiknya. Dan Dia memulakan ciptaan manusia dari tanah" (al-Sajadah, 7).

"Engkau melihat gunung itu engkau menyangkanya dia tetapi sebenarnya dia bergerak sebagaimana pergerakan awan. Ciptaan Allah yang telah mencipta segala sesuatu dengan sebaik-baiknya. Bahawasanya Allah adalah Maha mengetahui dengan apa yang kamu lakukan" (maksud surah al-Naml, 88).
Sesuatu yang indah sewajibnya dijaga supaya terus indah, jangan dirosakkan.

Maqasid al-Shari'ah ialah memelihara agama, diri, keturunan, harta dan akal. Jika alam sekitar rosak maka diri kita, zuriat kita juga akan rosak. Oleh itu wajib memelihara alam sekitar supaya jangan rosak. Rasulullah saw melarang dari buang air kecil pada air yang tidak mengalir dan mandi padanya. Sabdanya yang bermaksud "Janganlah seseorang itu buang air kecil pada air yang tenang, tidak mengalir, kemudian dia mandi padanya" (sahih Muslim).

Nabi saw juga melarang menebang pokok yang menjadi naungan kepada manuisa dan binatang "Sesiapa yang memotiong pokok sidrah, allah humbangkan kepalanya ke alam neraka" (sunan Abi Daud, al adab).

Rasulullah saw juga menyuruh membuang halangan di jalan (sahih Bukhari).

Rasulullah saw juga melarang orang buang air besar di tempat laluan, tengah jalan dan tempat orang berlindung (sunan Abi Daud).

Wednesday, February 3, 2010

Hubungan sembahyang dengan perpaduan kaum

Firman Allah swt yang bermaksud "Allah tidak menegah kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil kepada mereka yang tidak memerangi kamu dalam perkara agama dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu. Bahawasanya Allah adalah suka kepada orang yang berlaku adil. Sesungguhnya Allah menegah kamu terhadap mereka yang memerangi kamu dalam agama dan mengeluarkan kamu daripada kampung halaman kamu serta (membantu orang lain) mengusir kamu (Allah menegah kamu) untuk menjadikan mereka sebagai teman rapat/pemerintah. Dan sesiapa yang berbuat demikian mereka adalah benar-benar zalim (surah al-Mumtahinah, 8-9).

Rasulullah saw memberi amaran keras kepada orang Islam yang membunuh orang kafir mu'ahad iaitu orang kafir yang membuat perjanjian damai dengan kita.

Maksud sabda Nabi saw "Sesiapa yang membunuh orang kafir mu'ahad dia tidak mencium bau syurga, dan sesungguhnya bau syurga itu dapat dirasai dari jarak perjalanan 40 tahun" (sahih Bukhari).

Rasulullah saw sendiri ada menziarahi kanak-kanak Yahudi yang sedang sakit:
"Daripada Anas bahawasanya seorang budak Yahudi sakit maka Nabi saw duduk di sebelah kepalanya maka Nabi saw berkata padanya, masuklah Islam, lalu budak Yahudi itu melihat kepada bapanya maka bapanya berkata kepadanya, taatlah kepada Abu al-Qasim (Nabi saw) maka budak itu pun masuk Islam maka Nabi saw berdir dan berkata: Segala puji bagi Allah yang telah menyelamatkan budak itu dari api neraka lantaranku" (sunan Abi Daud).

Rasulullah saw juga mempunyai hubungan baik dengan orang-orang kafir yang berbuat baik dengan Baginda:
"Daripada Aishah ra katanya, Rasulullah saw wafat sedangkan baju besinya tergadai pada seorang Yahudi dengan 30 cupak gandum" (hadis Bukhari).