Nabi saw dan orang-orang membiarkan seorang arab badwi menyelesaikan kencingnya di masjid
Diriwayatkan dari Anas bin Malik bahwasanya Nabi saw melihat seorang Arab Badwi kencing di masjid, maka beliau bersabda, “Biarkanlah dia. Hingga setelah selesai kencing beliau saw minta dibawakan air lalu disiramkannya ke tempat kencing tersebut”
Keterangan
melihat seorang Arab Badwi – beliau ialah Al-Aqra’ bin Habis at-Tamimi
Hingga – membiar hingga selesai kencing. Setelah selesai Nabi saw bawa air (timba besar)
Disiramkannya – Nabi saw memerintah untuk menyiramkan air ke tempat kencing tersebut
Imam Muslim telah meriwayatkan hadis ini melalui jalur Ikrimah bin Amar dari Ishaq Hanya saja beliau menambahkan dalam riwayatnya, “Kemudian Nabi saw memanggilnya dan bersabda kepadanya, ‘Ssesungguhhnya masjid-masjid ini tidak sesuai untuk tempat kencing dan buang kotoran. Sesunguhnya ia hanyalah sebagai tempat zikir kepada Allah, solat dan membaca al-Qur’an”
Ada 2 lagi hadis Bukhari yang berkaitan hal ini.
Menyiram kencing di masjid dengan air
Telah diriwayatkan dari Ubaidullah bin Abdullah bin Utbah bin Mas’ud, bahawasanya Abu Hurairah ra berkata, “Seorang Arab Badwi berdiri lalu kencing di masjid, orang ramai pun mencegahnya. Maka Nabi saw bersabda kepada mereka, ‘Biarkanlah dia, dan siramlah kencingnya dengan satu timba air – kerana sesungguhnya kamu diutus untuk memberi kemudahan dan tidaklah kamu diutus untuk memberi kesulitan’”
Abdan telah menceritakan kepada kami, telah mengabarkan kepada kami Abdullah, telah mengabarkan kepada kami Yahya bin Said, ia berkata, “Aku mendengar Anas bin Malik menceritakan hadis dari Nabi saw (Bab menyiramkan kencing dengan air).” Telah menceritakan kepada kami Khalid, telah menceritakan kepada kami Sulaiman dari Yahya bin Said, ia berkata, “Aku mendengar Anas bin Malik berkata, Seorang arab badwi datang dan kencing di salah satu bahagian masjid, maka orang ramai melarang dan mencelanya, lalu Nabi saw melarang mereka (melakukan hal itu). Ketika orang itu selesai kencing, Nabi saw memerintahkan untuk dibawakan satu timba air lalu disiramkan ke tempat kencing tersebut.’”
Pelajaran yang dapat diambil,
menjaga diri dari najis dan perkara amar maaruf nahi mungkar telah menjiwai para sahabat
berpegang kepada dalil umum sebelum ditemukan dalil khusus – Nabi saw memerintah sahabatnya menahan diri demi untuk mencapai maslahat yang lebih besar, iaitu salah satu kerusakan dengan jalan melakukan yang paling ringan risiko di antara 2 kerusakan
keharusan bersegera menghilangkan kerusakan bila halangan sudah tiada
air sebagai alat untuk membersihkan najis. Jika tiupan angin atau pancaran matahari yang dapat mengeringkan tempat tersebut tentu Nabi saw tidak membebani sahabatnya agar membawakan air
air untuk membersih najis yang ada di tanah hukumnya suci lalu diikutkan sama juga bagi najis yang tidak terletak di tanah. Tiada keterangan yang mereka mengangkat tanah yang dikencingi
berlembut dengan orang yang tidak tahu dan mengajari mengenai perkara yang mesti dilakukan tanpa diiringi kekerasan
menjelaskan tentang kasih saying dan kelembutan Nabi saw serta kebaikan akhlaknya. Disebut oleh Ibnu Majah dan Ibnu Hibban dalam hadis Abu Hurairah ra, “Setelah orang Arab Badwi tersebut memahami ajaran Islam, dia berdiri menghampiri Nabi saw seraya berkata, ‘Demi bapak dan ibuku, sungguh engkau tidak berlaku kasar dan tidak mencela.
mengagungkan masjid serta membersihkannya dari kotoran. Tidak boleh melakukan sesuatu di masjid selain solat, baca al-Qur’an dan zikir (termasuklah belajar ilmu kerana mengingati Allah)
tanah menjadi suci apabila telah disiram air tanpa perlu digali. Berbeda dengan Imam Hanafi yang perlu kepada gali bagi tanah yang padat yang tidak meresap air. Beliau berpandangan berdasar beberapa hadis antaranya yang diriwayat Ibnu Mas’ud tetapi jalur periwayatannya lemah seperti dikatakan oleh Imam Ahmad dan lain-lain. Manakala riwayat lain pula ialah mursal (tidak disebutkan nama sahabat)
Kencing sambil berdiri dan duduk
Telah diriwayatkan dari Huzaifah, ia berkata “Nabi saw mendatangi pembuangan sampah suatu kaum lalu beliau kencing sambil berdiri, kemudian minta dibawakan air maka aku pun mendatanginya seraya membawa air, lalu beliau saw berwudhu”
Keterangan
Kata Ibnu Baththal “bila kencing berdiri dibolehkan maka kencing duduk lebih dibolehkan”
Ibnu Hajar berkata kemungkinan Imam Bukhari mengisyaratkan bagi hadis Abdurrahman bin Hasanah yang dinukil dari an-Nasai dan Ibnu Majah dan selainnya yang mana disebutkan “Nabi saw kencing sambil duduk, maka kami pun berkata “Perhatikan lah dia, kencing sebagaimana kencingnya wanita”
Kebiasaan orang Arab ialah kencing berdiri bagi lelaki dan duduk bagi wanita. Ada hadis Aisyah dimana beliau berkata “Nabi saw tidak pernah kencing sambil berdiri sejak al-Qur’an diturunkan kepadanya” (riwayat Abu Awanah dalam kitab Sahihnya serta al-Hakim)
Bagaimanapun hadis kencing berdri ini berlaku setelah turunnya al-Qur’an. Kemungkinan Nabi saw kencing duduk semasa di rumah dan isteri Nabi saw Aisyah ra tidak mengetahui perbuatan Nabi saw di luar.
Dapat disimpulkan bahawa tidak menjadi kesalahan kencing berdiri yang penting dijaga agar kencing tidak terpercik ke badan. Dalam hadis lain juga apabila Nabi saw ingin buang air beliau juga akan menjauhkan dari pandangan orang dan ketika menggunakan sahabat sebagai penghadang.
Jadi perumpamaan Melayu “Kalau bapak kencing berdiri maka anak kencing berlari” agak tak tepat dan ekstrem.
dipetik dari kuliah Dr. Huda Mohsin, Sg Merab.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment