Tahun Islam dikira sejak permulaan Nabi saw berhijrah ke Madinah. Bulan pertama Islam ialah muharram. Bagaimanapun Nabi saw mula berhijrah pada 27 Safar. Tahun Islam mula diperkenalkan oleh Khalifah kedua Sayyidina Umar al Khattab. Tiada amalan khusus atau doa yang dilakukan oleh Nabi saw bagi menyambut tahun baru (sumber Mufti Perlis).
Bagaimanapun majlis ilmu dsbnya yang tidak melanggar syariat Islam bagi mengimarahkan masjid dan memperingati sejarah Islam dikira baik dan bermanfaat.
Cuma aku berpandangan kita kurang menepati masa dan memberi keutamaan dalam beberapa hal. Contohnya kita melengahkan azan atau iqamah bila ada aktiviti ceramah. Contoh lain jika di pejabat kita melengahkan solat asar di surau atau masjid mengikut waktu kita pulang ke pejabat atau bila habis mesyuarat. Mesyuarat lebih utama dari solat. Seolah waktu solat tidak begitu penting. Tidak seperti di Mekah atau Madinah, azan terus dilaungkan bila masuk waktu. Pernah saya ingin membeli tiket bas di Madinah. Bila azan dilaungkan penjual mengatakan solat dulu. Kaunter tiket terus ditutup. Bila masa dapat ditepati ianya akan memudahkan orang untuk merancang waktu solat berjemaah. Solat jemaah wajib mengikut mazhab Maliki dan sunat yang sangat dituntut bagi mazhab Syafie. Umat Islam memang terkenal dengan sikap tidak menghargai masa. Ralat 30 minit dan kadang-kadang 1 jam dikira biasa dan ini berlainan sekali dengan sikap rakyat negara maju seperti Eropah, ralat mereka dalam menepati masa hanya sekitar 1 atau 5 minit sahaja. Sebab itulah tidak menghairankan jika kita berhariraya dengan ralat 3 hari yang berbeza, kita tak kisah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment