Hadis Muslim - Zikir lepas solat
Hadis Abu Hurairah r.a:
Sesungguhnya orang-orang miskin dari golongan muhajirin telah datang menemui Rasulullah s.a.w dan berkata: Orang-orang kaya mendapat kedudukan yang tinggi dan nikmat-nikmat yang kekal. Rasulullah bertanya: Apa itu? Mereka menjawab: Mereka bersembahyang sebagaimana kami sembahyang, mereka berpuasa sebagaimana kami berpuasa. Tetapi mereka bersedekah sedangkan kami tidak dapat bersedekah, mereka memerdekakan hamba sementara kami tidak mampu memerdekakannya. Rasulullah s.a.w bersabda: Mahukah kamu sekiranya aku ajarkan kepada kamu satu amalan yang akan dapat menyamai orang-orang yang sebelum kamu dan dapat mengatasi orang-orang yang sebelum kamu? Tiada seorang pun yang lebih baik daripada kamu melainkan mereka yang melakukan amalan sebagaimana yang kamu lakukan itu. Mereka menjawab: Tentu saja, wahai Rasulullah! Rasulullah s.a.w bersabda: Kamu bertasbih سُبْحَانَ اللَّهُ bertakbir اللَّهُ أَكْبَرُ dan bertahmid الحَمْدُ لِلَّهِ setiap kali setelah selesai dari sembahyang sebanyak tiga puluh tiga kali.
Nota:
Ada ketika Nabi saw terus bangun lepas solat kerana ada urusan lebih utama iaitu menyempurnakan urusan zakat (hadis Bukhari).
Sebenarnya Islam itu agama fitrah dan mudah dilaksanakan, kehendak minimum ialah menjalankan yang wajib dan meninggalkan yang haram. Kitab riadhus solihin ada bab yang membicarakan supaya kita bersederhana dalam ibadat dan mengamal mengikut kemampuan supaya ianya boleh bertahan lama, ikhlas dan tiada kejemuan dalam melakukannya. Amalan sedikit yang berterusan lebih baik dari amalan banyak tapi bermusim.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment