Fasal Perihal syarat-syarat wajibnya solat
Berkata Abu Sujak:
Syarat wajib solat ada 3: Islam, Baligh dan berakal
Sabda Nabi saw:
“Diangkat dari 3 orang yang berikut, 1) untuk orang tidur hingga terjaga 2) untuk anak kecil hingga baligh 3) untuk orang gila. (hadis riwayat Abu Daud dan At-Tirmizi dan dia berkata: Hadis ini hadis hasan sahih).
Berkata Abu Sujak:
Solat yang disunatkan ada 5: solat 2 hariraya, solat 2 gerhana dan solat Istisqak.
(iaitu solat sunat secara berjemaah)
Berkata Abu Sujak:
Solat sunat mengiringi solat fardhu ada 17 rakaat: iaitu 2 rakaat fajar, 4 sebelum zohor, 2 selepas zohor, 4 sebelum asar, 2 sesudah maghrib dan 3 sesudah isyak, yang satu rakaat untuk diganjilkan).
Para ulama mazhab syafi’I berbeza pendapat mengenai sunat rawatib ini. Kebanyakannya mengatakan 10 rakaat, iaitu 2 sebelum subuh, 2 sebelum dan sesudah zohor, 2 sesudah maghrib dan 2 sesudah isyak. Ini berdasarkan hadis Ibnu Umar ra.
Berkata Abu Sujak:
3 solat sunat berikut sangat dikuatkan kesunatannya, iaitu solat malam, duha dan tarawih.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
saya nak tau.. pasal yg solat sunat tu... so mana satu yang boleh saya ikut... yg 14 rakaat atau yang sepuluh??
salam,
mana-mana pun boleh. buatlah ikut kemampuan dan hendaklah ianya kekal istiqamah. mungkin mulakan dengan sunat rawatib, witir, kemudian tahajud dll.
Post a Comment